SARAPAN & LUNCH BELIAN DARI DANAU KOTA     SARAPAN & LUNCH BELIAN DARI DANAU KOTA

SARAPAN & LUNCH BELIAN DARI DANAU KOTA

SARAPAN & LUNCH BELIAN DARI DANAU KOTA

Ye betul , hari ni pagi-pagi dah ke area Danau Kota membeli sarapan.
Tetiba teringat plak kat lori kue teow kerang. Selalu pagi-pagi kat situ mesti ramai yang beratur. Jadi sebab nak le tau sedap sangat ke kue teow nya, ha moh la kita ke situ.


Lori ni dia parking betul-betul kat simpang tiga berhadapan dengan tapak lokasi Danau Kota Uptown. Lebih specific lagi, terletak di hadapan kedai aksesori "Ah Boy Biker Accesories" di jalan 2A/6.

Nasib la tadi masa nak beli tak ramai orang beratur lagi.



Ikutkan ada mi kerang, kue teow kerang, laksa goreng ngan bihun goreng.
Masa ako sampai dia baru nak masak bihun goreng.
Tapi sebab malas nak tunggu, jadi kita beli aje la mi & kue teow goreng.

Semua jenis harga nya RM3.50.
Puas hati la sebab semua pun masih panas lagi.


Kalau ako sanggup tunggu tadi, konpom mesti dapat makan bihun panas2 berasap kan. hahaha... xpe la xde rezeki, maybe lain kali kita beli lagi.


Lunch tadi ako ke danau kota lagi.
Memandangkan kat situ meriah orang menjual, jadi seronok plak tengok. hahhaa... Jalan-jalan nampak cakoi mini Pak Wan ni. Sedap oiii!!!


Cakoi ni sentiasa la laku keras!
Tiap kali datang mesti kosong je tray tu.
Apa tak nya, bila sorang membeli sampai berbiji-biji cakoi.
Murah kan, 7 biji harga RM1 sahaja.

Nasib tadi tak ramai yang beratur. Kalau pegi petang-petang konpom panjang juga nak kena tunggu giliran. Oh ye jualan kat sini dah buka dari jam 11 pagi tau. Memang sepanjang jalan kat sini, kiri kanan orang menjual. Dah macam bulan puasa plak rasanya haha



Nasib baik la nak tunggu dia masak lagi cakoi tak terlalu lama.
Lepas ako order, eh berderet belakang ako orang dok beratur.
Fuh, nasib la cepat sampai situ tadi.


Ye dik, akak nak beli RM3 bersamaan dengan 21 biji.
Ha ok la kan... cukup la untuk 5 orang makan hahaha...



Tak dan sampai rumah oiii.....
Itu jam juga kita nak makan, masih panas-panas lagi kan.
Perghh memang thorbaek laaa!!

So, untuk korang yang berdekatan, bole la cuba cakoi mini Pak Wan ni.
Dijamin makan sebiji pasti nak makan lagi hahaha....

Nota Jemari: eh lupa lak, tadi lunch beli nasi ayam gepuk juga.... 😅

Post a Comment

18 Comments

  1. Comel2 cakoi dia tapi gebussss.. kecur tau akak tengok mee goreng segala goreng dalam tray tu, hahaha. Esok pagi nak kena cari sarapan mee goreng ke ek 😜

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahhaa sila2 cr mee goreng esok :p cuba cr yg bila order br dia masak haha

      Delete
  2. Sedapnya goreng2 ada kerang ni, lama tak makan kueteow kerang, cakoi saiz macam tu menyelerakan pulak, nampak gebuss

    ReplyDelete
  3. Sekali ngap cakoi tu..geram je. mesti lembut dan rangup..tengok bersarang dalamnya.

    ReplyDelete
  4. Comel cakoi tu. Saiz kecik senang nak ngap!

    ReplyDelete
  5. Best kalau ada tempat jualan meriah macam ni
    Hari2 gantung periuk pun takpe

    ReplyDelete
  6. Tak pernah try lagi mee tu. Nmpak sedap semua ...
    Pak wan mini cakoi tu mmg wajib beli kalau pergi situ. Memang sedap. Rangup diluar, gebu didalam.

    ReplyDelete
  7. sedapnya nmpk cakoi tu. murahnya, 7 biji rm1 je..

    ReplyDelete
  8. Murahhhh gak ah 7 biji RM1 jeeee, sekali sumbat je dalam mulut, makan 21 biji sorang pun tak sedar bila masa habis hahahaha.

    ReplyDelete
  9. Amboi sekali memborong makanan.
    Comel rupa cakoi.

    ReplyDelete
  10. Tudiaaa sarapan Danau Kota mari. Sedapnya dia goreng letak alas daun pisang. kuetiau, mi dan bihun dia nampak sedap betul. Laksa goreng first time nampak. Menarik gak menu tu. Murah pun murah macam pasar malam gitu kan. Cakoi comel macam ni senang nak makan. Memang tak sempat sampai rumah habis dalam menjamu dalam kereta. Sedap makan panas panas. nanti dah sejuk liat.

    ReplyDelete
  11. eEEE Sedapnyaa... esok nak goreng mee laaaa...

    ReplyDelete
  12. Rasa macam beli di pasar malam pulak. Ada kuetiau, ada cakoi. Sib baik bgtau beli nasi ayam gepuk, ingatkn lunch cakoi sahaja

    ReplyDelete
  13. Menarik-menarik dan menyelerakan semua makanannya..

    ReplyDelete
  14. Pelbagai jenis menu makanan yang ads .laksa goreng pun adsa . Menarik

    ReplyDelete
  15. comel2 cakoinya...bila ramai berjualan, rasa best, sbb byk pilihan..

    ReplyDelete
  16. Murohhh murohhhh.. bagus support sekali .. time time gini masih murah jugak dorg jual eh

    ReplyDelete
  17. Dulu masa SA stay TTDI dan ada BF...memang selalu pi Danau Kota tu cari makanan..tapi lepas balik kerja la...memang banyak pilihan kat situ....

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com