AKTIVITI HUJUNG MINGGU     AKTIVITI HUJUNG MINGGU

AKTIVITI HUJUNG MINGGU

Kita ni dah tak tau nak kongsi citer apa sebab life sama aje lately ni.
Takde yang menarik, takde yang istimewa.
Tapi kita nak kongsi juga la aktiviti kami hari ni.😁


Inilah aktiviti budak bertiga untuk hari ini iaitu mari membakar ayam!
Bila bagitau je nak main bakar-bakar, semua pun excited terlebih!
Berlumba-lumba nak 'main api'. Eh eh bahaya kan kalau nak main api.
Tapi jangan risau, aktiviti ni masih dipantau oleh Nina dan MAMA ye 😆


Semestinya yang terlebih seronok adalah budak ni!
Kejap dok bangku biru, kejap dok bangku kuning, kejap dok atas batu. hahah
Bak kata maksu dia kat komen instagram nina,

Untuk mendapatkan oembakaran sekata , kena kipas 3 posisi.. kerusi kuning, kerusi biru dan batu - maksu
Hahahaha betul la tu kan, pandai maksu membaca pemikiran uyum ye wkakaka 😆


Kita main bakar-bakar.
Ingat kena kipas ayam tapi rupanya kena kipaskan Uyum.
"Uyum panas la Nina, kipas kat uyum bole?!"

wakakkaka....😆
Dah kalau kipaskan uyum, camne ayam nak masak?!

"Eh kan kita pakai dapur gas, bukan pakai arang!"

Hahahahha ye tak ye juga kan, amboi uyum laser ko ye!


"Peace ina!"
Ok agak-agak pandai tak uyum bakar?
Jom tengok hasil nya.....


Bole la kan....
Hahahah uyum masak 2 3 ketul je, selebihnya Nina yang masak sampai habis wkakakaa...


Menu kami lunch tadi, MAMA masakkkan spageti olio dan buatkan salad untuk budak-budak ni. Ikan bakar siakap plak untuk MAMA dan nina.

Oh ye tadi kami lunch lambat sket, nak dekat pukul 3 petang juga la. So arini takde la minum petang ye. Hahah semua pun kekenyangan. 



Lately ni asyik nak makan kat luar je setiap hujung minggu.
Dah tetiap minggu kena pikir menu apa yang best buat makan-makan hahaha.😆
Bila la kobid ni nak hilang eh, rindu plak nak buat pot luck ngan kengkawan kan.

Jiran kiri kanan ako ni kategori warga-warga emas.
Kalau ada budak-budak syiok juga bole ajak makan kat sebelah-sebelah pagar hahaha.. Konsep ako makan kat rumah ako, ko makan kat rumah ko, ha gitu!
Tapi nan ado la kan, kita berangan aje la.

So hujung minggu korang macam mana plak?
Makan apa tadi tu?😋

Nota Jemari: Esok dah senin... arghh malas nya!! 🙈

Post a Comment

25 Comments

  1. Haha comel Uyum, bakar ayam, alihkan ayam, Uyum pula alih diri, tukar-tukar kerusi pun masak rata tuh.. Best juga main masak-masak kat luar, tadi kami makan nasi ayam, malam makan wraps hehe..

    ReplyDelete
  2. wahhh bestnya
    bakar2 dan mkn sekeluarga
    syokk kan.sambil tu ank2 dpt belajar jga
    kalu dkt2 berjiran ni mau jga untie join sklai he hee

    ReplyDelete
  3. Amboi Uyum rupanya berlakon kipas ayam pakai dapur gas.
    Hehe takpelah seronok ambil perasaan kipas tidak tempat.
    Tiada buat apa. Rutin biasa.

    ReplyDelete
  4. Bestnya buat bakar bakar kat luar rumah..
    Lepas bakar bakar makan pun kat luar rumah.

    ReplyDelete
  5. Aktiviti hujung minggu macam ini best. santai sambil nikmati makan. ehee

    ReplyDelete
  6. 'smokes get into your eyes'..hehe..takde smoke, guna dapur gas..

    nampaknya kena gather sendiri2, jiran2 semua dah veteran, takleh nak ajak join..weekend takde yg special, tadi gi beli fruits kat area UTC..

    ReplyDelete
  7. Part dah tak tahu nak share apa tu betul sangat sis 😂

    Seronok nya bbq 😘

    ReplyDelete
  8. seronoknya setiap hujung minggu bakar ayam. hehe

    ReplyDelete
  9. Meriahnya . . Semngat betul si uyum bakor ayam2 . Last2 kena kipaskan dia juga .heheh . Kepenatan lah tu

    ReplyDelete
  10. Seronok laaa weiii ada bebudak..
    Kalau aku dah le jiran semua halimunan, bebudak pun takde...
    Sebelah uma ko, kosong tak?...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada ada.. Meh laaa rumah atas hehee.. Abg sblh ni pun dh buntu bila bole pindah.. Patut bln 6 last.. Dh pkp kena tangguh lagi hehehe

      Delete
  11. Aktiviti macam ni seronok. Berkelah ala bercuti jugak ni untuk Uyum dan abang abang. Uyum tu kalau tak buat scene tak sah ek. Kipas dia bila nak masaknya kan. Ada da je dia. Sedapnya ayam dan ikan bakar tu. mula mula ingatkan dapur arang, sekali dapur gass da.. beria mengipas. Uyum macam bakar sate nampak. Siap ada serai dan minyak lagi tu.

    ReplyDelete
  12. Macam-macam ragam uyum ni, comel je.

    Kita ni dah tepu duduk rumah rasanya, anak-anak lagi la terasa kan..buat bbq kat depan rumah pun jadilah kan, asalkan kelainan..huhu

    ReplyDelete
  13. Seronoknya ada aktiviti walau aktiviti tu sama je..aktiviti SA...makan..makan...dan makan...lepas tu tido....hahahaha.....

    ReplyDelete
  14. kadang memang buntu dan share apa daripada blog ni.. rajin Uyum ya..dengan abang-abang.

    ReplyDelete
  15. Seronoknya Uyum bakar2 dgn nina.. rasa macam dah lama plak tak buat bakar2

    ReplyDelete
  16. pandai je maksu die baca fikiran die haahha..
    best nya rumah tanah, boleh makan kat luar..

    ReplyDelete
  17. Bestnya dia piknik depan rumah. Wah.. Pandai Uyum bakar ayam. Pasni boleh try barbecue lak

    ReplyDelete
  18. kalau saya...malas nak kipas...saya ambik kipas duduk...pasang sahaja hahaha

    ReplyDelete
  19. Setuju sangat part tak tahu nak sharing apa tu kak ret hahaha, memang buntu sungguh >.<
    Amboiii uyyum, terhibur baca komen yang bawah mak su uyyum komen tu, nampak uyyum yang terbakar kepanasan sebab syok kipas ayam ek hahahaha

    ReplyDelete
  20. seronok. makan ramai-ramai, meriah.

    ReplyDelete
  21. Comel jew 3 sekawan bakar ayam!

    ReplyDelete
  22. Nice Uyum.. hasil mengipasss tuuu . Hahhaah... Next time kipas sampai habis pulak.. ye dakkk... Lamanya x barbeque.. last masa raya last year... Leh rentas daerah, buat kecik kecik kat kampung nenek... Rindu pulok

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com