TOAST'EM PANDAN COCONUT FLAVOR     TOAST'EM PANDAN COCONUT FLAVOR

TOAST'EM PANDAN COCONUT FLAVOR

 

Eh ramai dah review kan.
So kita pun nak la juga cuba rasa.
Betul ke sesedap seperti yang di war warkan.
Toast'em perisa pandan coconut dari Gardenia.
Ako ni bukan la pengemar pandan or kelapa sangat.
Tapi mende viral kan, harus la kita mencuba juga.


Kata nya bakar lagi sedap tapi makan begitu saja pun dah sodap! 
hahahaa... betul la seperti yang dikata, toast'em perisa pandan ni memang sedap!
Sedap! Sedap! dan sedap!

Rasa nya takde la manis sangat walau dia ada letak cip cip gula melaka sket atas roti tu. Rasa pandan pun takde la kuat sangat. Letak kaya penambah rasa, pasti lagi umph! 

Korang dah cuba ke?
Kalau belum sila la cuba ye. 
Harga RM4.70.


Ada satu insiden, lupa baca kat mana, brader ni nak beli roti.
Pastu kan toast'em pandan ni tengah viral.
Dia nampak iklan roti toast'em kat roti gardenia macam dalam gambar atas tu.
So dengan rasa hepi dibelinya la 2 3 buku.

Sampai kat rumah, dia nak la makan.
Nak rasa la kan tapi bila dia buka, laaa rupanya dia terbeli roti putih.
Pastu dibeleknya plastik roti, ermm rupanya itu hanya IKLAN sahaja.
Iklan roti toast'em di badan plastik roti putih.

Alahaaiii sian dia.
Pengajaran, sila tengok betul-betul.
Yang tukang buat iklan tu pun, agak2 la nak tempek iklan tu.
😆😅

gambar sekadar hiasan : credit google.

Nota Jemari: lepas ni perisa apa plak ye?!

Post a Comment

21 Comments

  1. Betul.. Ramai yang dah tertipu.. Silap beli..

    ReplyDelete
  2. Kesian yang tertipu tu... Adoi la. Baru semangat nak try roti viral.. Naniey belum cuba lagi yang ni.

    ReplyDelete
  3. roti viral
    nmpak kat status kwn2 jga
    cik. nur lmbt sikit nk try he hee

    ReplyDelete
  4. Hehe belum lagi. Nanti tunggu sejuk sedikit viral.

    ReplyDelete
  5. aritu pn ingt nk beli nmpk sticker tu la..lps tu belek2 rupanya roti putih..staff kt kedai ckp..akak cari yg pandan kelapa ye..sold out..so blum dpt lg merasa

    ReplyDelete
  6. Nak cuba cari jugaklah. Roti Gardenia palstik hijau hehehe

    ReplyDelete
  7. Ccl dah rasa toastem pandan kelapacni memang sedap . Pergi pasaraya nak beli lagi memang asyik out of stock . Tapi ayah ccl dah terkena dengan roti putih disangkakan pandan coconut ..besar betul jerr label pandan marketing tu sampai ramai yg ingatkan itu roti pandan kelapa

    ReplyDelete
  8. PH dah try. Sedap!
    Bukan yg ni je, butterscoth, kismis coklat semua tu kita suka. Hatta roti putih dia pun favorite satu rumah hehe...

    ReplyDelete
  9. Wahh macam tak caya je KakRet pun membeli. Ingatkan betul betul tak suka pandan kelapa. hihi..terjebak pengaruh rakan blogger. Tu diaa dah rasa sekali terus sedap..Kesian kan kalau tersilap beli tu. Pandai dorang buat marketing lariskan jualan roti putih tu.

    ReplyDelete
  10. belum rasa lg..nak jg cuba..
    kesian brader tu..beli sampai 2,3 buku pulak tu..huhu..

    ReplyDelete
  11. Sedapppp sangatt.. saya dah tiga kali beli.. roti putih memang jarang makan dah.. huhu.. pasal iklan tu.. pernah je sy nampak masa tu roti yang namamya Puaz tu . dorg ada gak buat promo cam tu haa.. Hoho. kena belek banyak kali gitu

    ReplyDelete
  12. Kesian pula brader tu, nak makan toastem, roti putih pula di dalam, iklan di roti, nak cepat terambik je, tentu sedap walau bukan penggemar pandan dan kelapa pun kata sedap.

    ReplyDelete
  13. Benda viral ni selalu cepat habism Kita tunggu dia dah dilupakan mesti ada je kat rak. Haha

    ReplyDelete
  14. Memang ramai dah duk bagi review roti ni, takde kesempatan lagi nak beliiii.
    Hahaha itulah ada jugak nampak yang kes silap beli roti tuu, excited punya pasal, sampai 2/3 buku dibelinyaaaaa.

    ReplyDelete
  15. ish ish..shida cari merata kak oii xdak huhu..org sini laju sungguh laa..sat ja habis!

    ReplyDelete
  16. SA la tu antara yang tertipu....nasib beli satu je...

    ReplyDelete
  17. Ramai kena 'scam' dengan Gardenia pasal roti pandan. Hehehe
    Saya belum ada peluang rasa lagi, kak. Laku keras ni.

    ReplyDelete
  18. sedapnya nampak.. tp kat sabah takde gardenia. sedihhhh

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com