SARAPAN KAT LUAR RUMAH PULA     SARAPAN KAT LUAR RUMAH PULA

SARAPAN KAT LUAR RUMAH PULA


Lagi barang yang order dari shopee sudah sampai!
Excited gak ni sebab memang ternanti-nanti barang yang satu ni.
Hari ni kan hari cuti, so alang-alang kita nak test barang belian ni, tu yang terjadi nya aktiviti sarapan di luar rumah hahaha.


Taaadaaa..... "Outdoor Folding Portable Camping Picnic Table" siap dipasang.
Seriously, memang senang sangat nak pasang meja dan kusi ni. Uyum pun bole tolong pasangkan 😆

Ako beli set kusi untuk 6 orang.
Ada je set kusi 4 orang.
Bagi ako, berbaloi tau dengan harga nya.
Kualiti pun ako tengok boleh tahan OK!


Dengan saiz badan Abin yang cenggitu, kukuh juga la makna nya kusi tu kan!
Mula tu x yakin juga hahaha takut terbolos ke bawah.
Tapi alhamdulilah sekali cuba je duduk, eh eh kuat juga ye!

"Nina, jom la kita sarapan kat luar je!"

Terus ako order je la makanan dari grab hahaa..
Pagi ni takde mood nak masak.


Sementara nak tunggu makanan sampai, moh la kita main game ulor dulu ye.


Kemain diorang bersarapan depan rumah pula ye hahaha.
Dah kenyang lepas ni kita nak buat apa plak ye Uyum??


Hahahha dah makan elok terbongkang plak diorang ye 😆
OK kita kasi chance diorang tengok youtube plak ye.

Uyum tanya, "eh tengahari kita makan apa?"

Hahahahha sarapan pun baru je dah tanya lunch!!
Memang kuat makan betul budak ni tau hahaha..


Lepak-lepak jap sambil update blog.
Tunggu petang ni kita hi tea apa plak ye Uyum :D

Selamat berhujung minggu korang!

Nota Jemari: Korang watpe tu?😀

Post a Comment

23 Comments

  1. nice! something new la utk anak2 kan.
    need to be creative bila stucked sgt lama di rumah :)
    aida pun, weekend,lepak tepi rumah tu hah.
    update blog. sambil minum petang. dgr dgr deruman kereta lalu lalang tepi rumah.
    then cip cip cip burung pipit singgah kat awning.
    nice :)
    pasang khemah je belum tau. anak2 perempuan, tau je la, takut la seram la :)
    bila siang hari, takut ulat la, lipas la, panas la hu hu hu hu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xpe aida.. Pelan2 kita kasi adapt drg dgn dunia luar.. Maybe bole pasang tikar dl, makan2 kat luar ala2 piknik kan.. Lelama sok mesti drg excited nak pasang khemah plk hehhee

      Delete
  2. Seronok sarapan pagi di luar. Hidup udara segar sambil makan.
    Haha awal Uyum fikir makanan tengahari. Agaknya sebab seronok makan di luar.

    P.S:Takde buat apa-apa cuma kemaskini blog dan melawat blog-blog orang.

    ReplyDelete
  3. Macam best je meja kerusi tu ..teracun shopee ke .hehe

    ReplyDelete
  4. Uyum ni cerdas dan cerdas tau.. sebab capat dia tanya menu seterusnya. kalau anak buah PC, mulut tengah suap makanan sarapan pagi ni, sambil mengunyah dia tanya mamanya, 'mama lepas ni makan tengari pulak kan mama, mama masak apa pulak'..hahahaha ketiak mamanya belum kering buat sarapan pagi..kikikikiki.

    ReplyDelete
  5. Seronoknyaaa.....nasib la anak buah semua takde..kalau ada kan best buat macam ni...berkelah depan rumah....

    ReplyDelete
  6. Wah bestnya makan kat luar, ambik angin luar, comel Uyum tanya lunch menu apa, fikir kedepan tu Uyum, oh senang ya pasang kusi meja tu ye, 6 kusi betul berbaloi,lipat je, pederas cari pantai, sekarang stay home dulu..

    ReplyDelete
  7. best! tambahan pula porch tu redup dan luas

    ReplyDelete
  8. best ni kalau gi camping, ada portable meja & kerusi..

    ReplyDelete
  9. mcm best je folding table tu. mcm nk kena beli ni. hrp2 xmahal la postage ke sabah ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. syu, cuba cari seller sabah kot ada jual produk ni..

      Delete
    2. ok, dah check postage fee. rm95. lupakan je la hasrat nk beli buat sementara ni. haha

      Delete
    3. eh ada la syu seller kat sabah n sarawak ehhehe
      dekat sket klu nak pos kan ;)

      Delete
    4. boleh try jenis ni..

      https://shopee.com.my/Foldable-Chair-Table-Camping-Set-i.144517406.9079833098?position=4

      Delete
    5. wahh siap ada link lg. thanks kak ret tlg carikan.
      dah boleh add to cart ni..hehe

      Delete
  10. Link shopee xde ke kakret? Nk racun kena bg jenama racun sekali.. hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. klik kat link ni --> "Outdoor Folding Portable Camping Picnic Table"

      Tapi try cari seller kat sarawak heheh... tkut delivery dari semenajung mahal plak kang..

      Delete
  11. Ramai eh terpengaruh dengan kak ret, pakat nak beli belake hahahaha.
    Tapi memang nampak syok sungguh, even camping depan rumah gituuu je. Nak pergi jauh jauh tak boleh lagi kannn, practice depan rumah dulu ahahahahaha

    ReplyDelete
  12. Niceeee! Tuhla..tengok macam kukuh woo...Nice activites eh! Harini saya busy scroll Shopeee.. Hahahaha..

    ReplyDelete
  13. Wahh nampak best ada set meja camping ni. Berbaloi beli tu. Nak simpan pun senang kan. Pasni senang nak berkelah bawak ni. Santai sangat tu lepak kat porch bentang tikar siap.

    ReplyDelete
  14. Seronok juga tu lepak2 outdoor macam ni. Boleh feeling tepi pandai. Hirup udara segar

    ReplyDelete
  15. Pengen jugak tapi tak mungkin buat Kat rumah karena tak cukup space hahahaha. Kalo nak buat begini, saya harus ke rumah mama yg halamannya lebih luas :D. Dan macam piknik , hiburan lah di masa tengah partial lockdown nih

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com