KORANG SUKA ALAT MUZIK APA?     KORANG SUKA ALAT MUZIK APA?

KORANG SUKA ALAT MUZIK APA?

Actually keyboard ni zaman ako sekolah dulu. Arwah abah belikan untuk kami sebab dulu ako n kakak ako sempat le gi kelas belajar organ kat YAMAHA masa kami kat Johor. Nak beli organ or piano yg besar tu idok le mampu sangat kan. So abah belikan aje keybod ni.

Takde la terror sangat pun sebab ako ni cepat bosan bila buat sesuatu. End up ako belajar organ ni separuh jalan je hehe, nak dibandingkan ngan kakak ako, dia belajar advance sikit la ye daripada ako.

Kebetulan aritu kemas bilik stor terjunpa la keybod ni balik. Punya la excited budak-budak kat rumah ni. Hahaha tapi takat ajar do re mi kat diorang bole la kan.


Basic belajar muzik ni kena la tau not / chord do re mi fa so la ti do. Ulang ulang la berkali kali sampi jari tu lembut sket nak petik keybod haha. Kita belajar guna tangan kanan dulu. Dah terror sikit baru belajar not guna tangan kiri plak.

Eh ako takde la terror sangat, takat basic2 nak ajar uyum, bole la lagi kan. Tetiba macam teringin nak belajar main organ ni balik la. Agak2 kelas muzik skrg mahal tak yuran nya ye? 😂

Zaman sekolah dulu teringin nak join band sekolah tapi arwah mak tak bagi. Katanya nanti gelap hitam legam jadinya hahah. Seronok tengok budak budak band bila berlatih kat padang tu. Dalam banyak banyak alat muzik, ako sebenarnya teringin nak main drum. Rasa macam ada aura tersendiri bila tengok org ketuk2 drum tu. Tapi tu la muzik ni bukan jiwa ako ekceli. Takut belajar semua nya separuh jalan je 😂😂



"Uyum nak jadi ahli muzik ke??" 
"eh tak la, Uyum kan nak jadi POLIS!!" 😂

Nota Jemari: aminnnn!! 

Post a Comment

28 Comments

  1. Nak throwback zaman sekolah rendah dulu ccl suka main seruling .
    Zaman sekolah rendah main piano . Memang best sangat.tp sekarang dh lupa cord lagu . Dah lama tinggal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah kita xde la minat sgt muzik tp klu dah ramai2 tu enjoy je main pape janji bole main kan hahah

      Delete
    2. Sama lah . Kalau ramai bersemangat juga . Kalau sorang2 ni sekadsr main sekejap2 boleh laa

      Delete
  2. Kat rumah ni SA ada keyboard dan gitar...dua tu je yang SA suka cumanya x berapa pandai main gitar...dulu ada arwah adik sepupu rajin lepak sini and main gitar..kami suka la nyanyi and dia petik gitar tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama juga, arwah abah Uyum pun suka main gitar...
      now ni gitar tu takde sape nak main dah.
      Nampak gaya lepas ni kena suruh abin belajar main gitar la, klu tak, sayang terbiar mcm tu je kan

      Delete
  3. Hehe tahu main piano sedikit.

    ReplyDelete
  4. syu xpndai main alat muzik. tp klau nak belajar, syu nak belajar keyboard jgk.
    dah bertahun berfikir nk beli ke x, sbb risau kalau beli nnti gunanya sekali 2 je. so sampai sekarang simpankan je dulu niat nak beli tu. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn beli dulu... gi kelas belajar dulu, dah terror baru berbaloi beli hehehe :p

      Delete
  5. Best la kak ret dah ada basic main keyboard, nanti nanti boleh sambung mainnnn.
    Syokkkk tengok orang main piano, kalau saya pun suka main piano walaupun sekadar main tekan tekan je hahaha, suka dengar lagu instrumental piano tuuu. Kalau boleh belajar, memang nak belajar jugak tapi yuran dia mahal rasanya :')

    ReplyDelete
  6. Takpa Uyum, jadi polis sambil main alat muzik pun ok tuuu... Sy dulu main salah satu alat dalam gamelan... Tapi main alat yang paling senang je... s

    ReplyDelete
  7. Sy pn penah terfikir nk masuk kelas muzik dgn si sulung.. si kakak main angklung kt sekolah.. nk jugak dia belajar keyboard.. nnt belajar piano x mampu plak nk belikan piano.. haha.. ye la sbb maknya xde peluang dlu2 kn.. main rekorder je ada lah

    ReplyDelete
  8. Kita suka piano.
    Tapi mengikut kesukaan zaman sekolah dolu, tak suka muzik.
    Tapi cikgu muzik suka nau la soh tiup rekoder. nyampah!

    ReplyDelete
  9. Timm suka gitar atau ukulele, tpi xpndai pun nk main, hihi..

    ReplyDelete
  10. Suka gitar.. dulu-dulu punya cerita. Bolehlah main beberapa lagu.. hihi. Sekarang dah lama sangat tak petik gitar.

    ReplyDelete
  11. ciknor x suka alat muzik tp. suka dengar muzik he hee
    msa abis spm terpaksa belajar keyboard ni
    baru ni. ank dara bungsu minta gitar, 😁 bg reward lah utk dia

    ReplyDelete
  12. Kita tak suka main alat muzik. Suka dengar muzik je hehehe
    Tapi suka tengok orang main brass band siap kawad tu.

    ReplyDelete
  13. Anggota polis yang pandai main alat muzik pun wow tau Uyum.

    ReplyDelete
  14. hajat hati nak belajar main piano..haha..tak tick-off lagi bucket list nan satu ni

    ReplyDelete
  15. Ala Uyum punye keyboard power la. Cik Naniey punye yang kecik je. Main guna satu jari tengok chord number kat google lagu twinkle twinkle little star & ode to happiness. Hehe..

    Naniey suka piano tapi tak reti sebab dulu mana ada kelas piano kat kampung. Kelas muzik pun setakat melodian je time sekolah rendah. Nak main gitar tak reti juga.

    ReplyDelete
  16. Kalau saya suka gitar, bila dh dpat gitar seronok dia kita sndiri je tahu.. Tapi tulah tgok org lain main mcm senang tapi bila bljar susah plak..

    ReplyDelete
  17. Saya pun x minat muzik, dulu zmn sekolah, belajar main recorder..tp cepat bosan..haha..

    ReplyDelete
  18. Bagusnya masih elok lagi tersimpan. Dulu tengok orang masuk band macam best je. Tapi itulah jiwa muzik tak ada. Uyum pandai main ke tu..hihi

    ReplyDelete
  19. Uma aku ni gitar ada 4 biji, organ besar siap kaki tu ada satu, siapa nak jadi ahli muzik meh laa, tinggal nak beli drum jee..

    ReplyDelete
  20. Suka ukelle bole main kat teoi sungai, pantai, tapi belum reti main lagi hehe. Uyum jadi polis bole masuk pacaragam polis

    ReplyDelete
  21. Cayalah uyum nak jadi polis. Takpe main music sbgai hobi apa Salah ya kan. Tambah skil

    ReplyDelete
  22. Jadi ingat saat kecil lagi, mama saya sedia guru private untuk mengajarkan organ di rumah. Jujur saya memang suka musik, tapi tak sukaaa main alat musik. Beda dengan adik, yang memang suka.

    Jadilah di antara kami berdua, yg progressnya paling cepat tentu si adik. Saya sering kena Remedy lah hahahaha. Memang tak bakat langsung

    ReplyDelete
  23. shida ni..kalau diberi pilihan..suka gitar..tp smpai skg msh xreti hahaha
    tgk uyum...berbakat besar tu kak ret ^_^

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com