Hari Wilayah jatuh pada setiap 1 Februari.
So otomatik seluruh WILAYAH termasuk PERSEKUTUAN, LABUAN & juga PUTRAJAYA adalah cuti umum!! 

Dua tiga hari ni mood asyik nak makan-makan je, so nak ngadap blog pun dah kelaut.
Alhamdulilah, hari-hari kebelakangan ni asyik mengadap rezeki je.
Tambah-tambah time-time PKP ni kita pun Work From Home (WFH) je kan.
Lagi la kadang-kadang tu memang malas betul nak masak.
Hahahha bila dapat rezeki orang hantar ni, rasa syukur sangat😍.


Bertambah murah rezeki kengkawan ako.
Tetiba dapat scone dari Cameron.
Seriously, ako pernah la makan scone kat cameron tu tapi tak tau plak scone dari AYAHMAN ni antara yang terkenal di Cameron.
Dan seingat ako, selalu makan sejenis je perisa nya.
Tapi scone ayahman ni ada pelbagai perisa tau!!
Ada original, stroberi, coklat dan juga cheese.

INFO AYAHMAN SCONE (BEST CONSUME WARM)
Cara panaskan scones ;
Microwave - 30saat
Air fryer/oven
60'C 3minit - untuk texture lembut
150'C /180'C 3min - untuk texture rangup2

Shelf life Scones Ayahman:
Suhu bilik - 7 hari
Chiller - 10 hari

Boleh bakar untuk lebih sedap atau makan begitu sahaja ☺️


Cha Bang Ang plak sampai depan rumah!!
Perghhhh..... rezeki rezeki.
Hahaha ini pun first time ako dengar.
Kata nya macam adik badik teh dari thai tu.
OK bile sebut teh mcm thai tu, yang ako tau Chill Chill je hahah..

Ada 3 perisa cha bang ang ni.
Bandung, Green Tea & Caramel.
Memula ako try caramel.
Dah kata ini first time minum kan.
So ako pun main teguk je la.

Ya allah!!!!
Manis bole potong kaki.
Wakakakakakak...... tanya kat member tu camne nak minum ni?!
Rupa-rupa nya, kena tambah air or ais banyak-banyak.
Sebab yang dapat tu kira macam pati je la.

Adoiiii patut laaaaa, tersedak-sedak minum manis.😂


So dah tau camne nak buat, so kita pun adjust-adjust la ngan air dan ais berketul-ketul.
Ha baru la nikmat nak minum.
Siap dah kita buat dalam botol tealive gitu!! 😆

Bukan main seronok budak tu minum.
Pasni nak cuba bandung or green tea.
Ako bukan la pengemar green tea tapi orang dah bagi ni kita kena la cuba kan.


MasakWith Passion plak sampai depan rumah!!
Wow... ni sesape yang minat kat masakan Datin Isma mesti kenal kan!!!
Honestly, ako bukan la peminat masakan datin ni tapi sebab kan kengkawan keliling memang peminat tegar datin ni, so ako tau la sikit-sikit.

Kali ni sorang member kongsi rezeki , dihantar nya kek batik & colek buah.
Colek ni lebih kurang macam kuah petis or kuah rojak mak bee.
Rasa yang cukup pedas, cukup manis dan secukup rasa!!!
Kek batik tu pun seriously SEDAPPPPP sangat wei!!
Selalu yang ako pernah rasa kek batik ni liat-liat bila nak makan.
Tapi yang ini ranggup-ranggup gitu.

Alhamdulilah semua rezeki kengkawan saya ni, saya terima dengan ikhlas hati. cheewaahhh!!
Tengkiu korang.... nanti kita tukar-tukar makanan lagi ye wkakaka...

Nota Jemari: Ya allah macam mana la nak kurus ni kui kui....