AKHIRNYA UYUM DAH GRAD!!

AKHIRNYA UYUM DAH GRAD!!

Kita stop kejap ye citer pasal holiday ke Kuantan. Kita bagi laluan kat cerita Graduation Day Uyum dulu yang berlangsung semalam petang kat sekolah dia je. Dah pandemik camni, buat kat sekolah aje la. Nasib budak 6 tahun hanya 16 orang je tahun ni. Majlis untuk anak-anak 4 & 5 tahun dah berlangsung minggu lepas. Jadi kali ni memang khas untuk yang 6 tahun sahaja.






Uyum sekolah di Al-Baghdadi Bandar Baru Sentul.
Persiapan cikgu-cikgu untuk majlis graduasi ni walau simple je tapi tetap meriah.




Geram betul kat Uyum masa kena buat persembahan ni. Kengkawan lain punya la excited menyanyi, tapi dia bole tak buka mulut langsung. Puas ako jerit soh nyanyi, dia siap geleng kepala tak nak!! Aisshhh..... Dia sibuk dok tengok orang kiri kanan. Tangan tu bergerak-gerak la ikut gaya tapi mulut tu berat betul nak buka!! Geram aje sebab orang datang nak tengok dia buat persembahan tapi dia bole plak buat perangai 'malas' dia tu 😅


Suka tengok budak ni. Memang pandai dan aktif sungguh. Cara dia bagi ucapan tu macam nampak 'dewasa' sangat. Ni la bff Uyum, kawan main, kawan gaduh, kawan makan..... awat la awak tak ikut perangai dia yang pandai tu 😆😅


Muka jangan serius sangat boleh tak?! hahaha...


Ha kasi senyum lebar-lebar 😁


Kemain suka dua orang budak ni. Ikutkan kelas Uyum ada 4 orang lelaki tapi sorang tu tak dapat datang plak. Ini geng suka main lari-lari dalam kelas.


Posing ngan kengkawan .... Pasni memasing dah tak jumpa. Memasing dah masuk alam sekolah baru plak. Memang konpom takkan ingat dah le bila besar nanti. 😅


Nota Jemari: Bakal CEO ke tu 😜

Post a Comment

20 Comments

  1. Rupa bff Uyum seiras macam dia.
    Selamat tamat belajar Uyum.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, hensem Uyum, senyuman mahal tu.. Suka tengok momen ni, pandai ambil gambar, cantik semua.

    ReplyDelete
  3. Yeayyy..si hensem bf aunty SA dah grad....boleh la deting lepas ni...dah grad kan..mama Uyum bagi kan...hahahahah

    ReplyDelete
  4. Wah, meriahnya konvo Uyum!
    Comel je dia tak mau buka mulut masa perform 😂

    ReplyDelete
  5. Kunjungan perdana ke blog ini. Selamat merayakan kelulusan anaknya di sekolah yang berkualitas juga. Oh ya, saya follow blog ini. Salam silaturahim

    ReplyDelete
  6. ececehhhh...awek yg sebelah uyum tu bukan main lentok lagi

    ReplyDelete
  7. Uyum tergamam kot, terus blank..takpe, ada aksi, ada gerak-geri..

    meriah!!

    ReplyDelete
  8. dh membesar sebagai johan si uyum nih.. 😅

    ReplyDelete
  9. Baguslah cikgu ada buat juga w/pun hanya di sekolah, lebih selamat dlm suasana skrg kan. Ada juga kenangan utk anak2 bila besar nanti.

    Congrats Uyum!

    ReplyDelete
  10. Mesti Uyum malu tu.. hehe..tahnia Uyum. In sya Allah tahun depat lembaran baharu untuk Uyum.

    ReplyDelete
  11. Yayyyy! Congratulations Uyum!!! Pasni tak jumpa dah kalau sekolah lelain... Moga terus berjaya yeee.. Amin!

    ReplyDelete
  12. kemain lagi gambo dia posing dalam bingkai tu ekkkk

    ReplyDelete
  13. Uyum malu lah, kelas ramai nau perempuan. Tu yang nyanyk suara tak keluar. Hehe. Tahniah Uyum. Tahun depan masuk darjah 1 pulak

    ReplyDelete
  14. Uyum takde mood kot masa tu. Tapi Uyum dah senyum lebar terus auto comel. Tahniah Uyum dan kawan kawan.

    ReplyDelete
  15. Lucuuunyaaaa, Uyum pakai toga 😍😄. Gemaass kalo liat anak2 kecil nih mengadakan grad seepeti nih. Krn dulu zaman saya sekolah, tak da lah anak kindergarten, elementary dan high school pakai acara seperti nih. Hanya yg kuliah yg ada acara convocation. Tapi zaman skr semua dah pakai 😄

    ReplyDelete
  16. Tahniah Uyum.. comel je pakai jubah grad ya..

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com