Dinner hari pertama kami plan ke Lila Wadi by Kula Cakes je.
Walau berkali-kali jejak Kuantan tapi first time nak cuba kedai ni.
Masa dah park tu, bole plak si ABIN cakap, "eh Na, ni bukan kedai arab ke?"
Eh eh kedai arab plak... Ako tanya dia balik nape abin cakap kedai arab plak??
Dia jawab, sebab tu ada tulisan arab tu!
Hahahah tergelak ako.... adoiii nampak sangat tak belajar jawi la tu 😝
Asal nampak je tulisan jawi semua kedai arab hahaha...
Restoran ni terletak kat kawasan perumahan tau. Memang dia buat kat rumah banglo pastu dia jadikan tempat makan. Tempat ni takde la besar tapi dia dua tingkat. Cuma ako tak pasti bahagian atas tu bole duduk ke tak sebab masa kami sampai tu katanya meja penuh so kena la tunggu kejap. Tapi ako tengok atas tu macam kosong je hahaha... Maybe malam kami sampai tu dia tak buka kot bahagian atas? Ntah la eh....
Tunggu giliran kejap. Nasib tak lama menunggu.
Kalau tak, konpom Uyum dah guling-guling mengamuk sebab lapar 😆
Ruang makan dia takde la besar sangat so kalau penuh tu harap sabar menuggu giliran ye!
Dalam banyak-banyak menu tu kami order salah satu signature diorang iaitu "pan bbq steamboat".
Menu ni kena minimum order untuk 2 orang.
Ada pilihan ayam, daging, kambing, seafood.
Ako amek set beef supreme harga RM24.50 / seorang.
Dalam set ni ada sliced new zealand beef, beef streaky,sliced australian lamb shoulder, prawns, squids, sliced chicken breast, enoki mushroom, green coral, longn cabbage, rice.
Telur 2 biji tu ako add-on.
Spaghetti carbonara chicken / beef - RM13.90
Boleh laa not bad gak rasa dia.
Diorang ni memang excited kalau menu bakar-bakar ni hahah 😆
Especially boodak bambam ni.
Pastu kitorang order mango cheese cake by kula cakes ni.
Marbelesss!! Puas makan oiii.....😍😋
Dah masuk rancangan "Jalan Jalan Cari Makan" Tv3.
Bayaran semua cashless ye, harap maklum.
Lila Wadi Restaurant
A637, Lrg Selamat 21, Taman Kerjasama, 25050 Kuantan, PahangContact: 012-985 0095
Buss Hours: 3:00 pm - 10:20 pm (tutup setiap rabu)
Nota Jemari: So far kedai ni recommended!! 👍
20 Comments
cashless...alaaa....tapi tgok bbq steamboat tu memang ngancam jiwaku...
ReplyDeletehehhehe cashless la senang ... skrg ni mmg kurang bawa cash dalam wallet hehe
Deleteaida skang more to cashless.
Deletedi mana boleh wave, akan di wave kan.
easier. cepat. tepat.
Kalau ke Kuantan, boleh singgah ni. Kek Mango Kula tu, pernah makan beli kat kedai dia, memang sedappppp.
ReplyDeletetk pernh try juga bila ke kuantan cuma yg tau kalau tk dpt beli mango cheesecake kt kula cake..kt sini pn bole merasa..rupanya ada menu mcm2 juga kt sini..menarik
ReplyDeleteBekas steamboat/grill tu mengancam betul warnanya ye...
ReplyDeleteyes, kan hazel. sungguh lain mcm mengancam nyer.
Deletetu kot yg menarik perhatian pelanggan ek.
once da dtg, terus melekat nak dtg lagi.
Bestnya
ReplyDeletesedapnya bleh mkn bbq steambot jgk dkt situ
ReplyDeletemenggoda betul tengok mango cheese cake tulah.
ReplyDeleteramai juga orang mesti sedap kedai makan ni :)
ReplyDeletefamiliar dgn kula cakes ni.
ReplyDeleteagak glamer jugak. but aida x pernah try lagi.
da lama sgt tak jejak kuantan :) hi hi hi...
menu bakar2 ni memang evergreen.
lain mcm kalau kita sekeluarga dpt bakar2 and stimbot gitu. best!
tu la skrg dah byk agen2 kat KL... klu x sempat g kuantan, bole je cari agen2 utk beli kek mango cheese tu
DeleteBiasa yang femes Kula Cakes tu je. Menarik ni. Boleh try
ReplyDeleteLila ni pun femes juga ekceli tapi orang x tau LilaWadi ni ada jual kek mango dari kula cakes
DeleteIngat jual pencuci mulut sahaja rupanya sudah diperluaskan ke makanan panas.
ReplyDeleteTahun ini belum ada kesempatan singgah Kuantan. Sebelum ini kerap pergi sana tapi itulah Kula dan Lila belum singgah lagi.
kalau kula cakes masih jual dessert je tau... Tapi kalau Lila ni memang ada jual makanan panas :)
DeletePandainya cari tempat makan, menarik, sedap steamboat, kula cakes tu baru dengar, femes sangat..
ReplyDeletelila wadi ni kiranya under kula cakes lah kan? Pernah pergi kula cakes yang cafe hipster tu je lah. Best jugak menu menu dia ada steamboat bagai. decoration pun menarik. Memang nampak ke arabian tu.
ReplyDeleteKalau di negara sendiri, saya selalu cashless, tapi saat traveling ke luar negeri, saya cendrung lebih suka cash 🤣🤣. Sepertinya harus selalu aktifkan card tiap kali ke Luar negara nih.
ReplyDeleteTapi sukaaaa lah liat dedagingan ini kak 😄👍. Termasuk si manggo cake, nampak sedaaaap 🤤
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com