OK jom sambung kisah Ke Kuatan hari ke-2 pulak.
Pagi ni tak hujan, alhamdulilah. 
Nak cakap panas, takde la panas.
Nak cakap mendung pun tak juga.
Tapi sangat lega sebab cuaca sangat cantek pagi tu.


Pagi ni kita sarapan kat hotel je dulu. Kami pilih pukul 7-8 pagi.
Makan awal-awal ni tak ramai sangat orang, pastu food pun masih fresh lagi kan.



Kami decide duduk kat bahagian luar sambil menikmati angin pantai.
Memang syiok ye ... angin bayu membawa diri ku, sepintas lalu ku terkenang kan mu... ♫♪
Eh eh tetiba rasa nak menyanyi plak 😆
















Tempat sangat luas... dalam ada, luar pun ada.
So tak perlu risau penjarakan.
Menu pun pelbagai.
Cuma satu je yang tak selesa sket, ada banyak lalat plak kat situ.
Pelik sungguh!! Mana datang nya lalat banyak-banyak tu.
Jenuh dah pihak hotel sediakan lilin dan apa jua alat untuk hilangkan lalat tapi tetap x membantu.
Awal pagi ni cam kurang sket lalat datang. Bila orang dah ramai-ramai, eh dia (merujuk kepada lalat-lalat) pun nak juga join orang makan. 😅


Kali ni tak dapat nak mandi air laut kan.
Nak gi tepi pantai pun tak berani hahaha...
Tengok warna air nya cokelat sangat 😅
So kita hanya mampu tengok dari kejauhan aje la ye.


Lepas bekfes kita mandi pool dulu ye. Awal-awal pagi ni memang takde orang sangat la kan.
Boleh la main kuis kuis kaki dalam air dulu 😆


Amacam terror tak Uyum berenang??? Ada gaya bole jadi perenang profesional tak? 😆


Hahahha jangan tertipu eh. Kolam ada 3 kedalaman.
Yang uyum masuk tu hanya 0.4 meter sahaja ye. 
So tak silap takat ketiak uyum je kedalaman nya tu hahaha..
Konpom la uyum 'terror' berenang kan.
Kalau dia masuk kolam no 2 & 3 semestinya dia akan pakai pelampung ya 😛




Bukti dah sampai Kuantan!! 
Lepas mandi manda kat pool, kita pun sesiap la nak kuar kan.
Tup tup hujan turun dengan lebat nya. Aisshh.... 
Plan arini nak naik Menara Kuantan , gi Mini Zoo dan ingat nak selfie weafie kat spot street art.
Tapi dah hujan turun, maka nya kita skip stree art dulu.



Rupanya Menara Kuantan ni menara kedua tertinggi di Malaysia.
Sebabkan pandemik ni, hanya observation deck aje di buka untuk orang ramai.

Tarikan lain yang terdapat di menara tersebut termasuk sebuah restoran pada ketinggian 98 meter yang akan dibuka kelak, sebuah dek pemerhatian terbuka, jejantas udara dan pelantar terjunan berpandu dari aras 104 meter.

Menara ni baru je siap September tahun lepas. Tapi awat ako rasa menara ni macam dah lama ? hhaha


Beli tiket pun kat kioks aje. Harga tiket dewasa RM15, kanak-kanak RM10.



Budak baju kuning tu tetiba dia jadi gayat plak kat tempat tinggi.
Aik... siap berpimpin tangan pusing menara ni.😅

Menara ni baru je dibuka semula lepas PKP. Jadi tak banyak aktiviti yang boleh di buat kat situ.


Setel kat menara kita gerak ke mini zoo teruntum plak.
Rupanya ada tarikan baru kat situ iaitu Dinasor Encounter.
Apa yang menarik kat situ eh? Of coz la bole tengok replika pelbagai jenis dinasor.
Cuma yang tak best nya harga tiket untuk mini zoo ni agak mahal.
Tak setanding dengan apa yang kita lihat. Ako baca banyak orang tak puas hati dengan harga tiket masuk kat situ. 

Korang boleh baca kat SINI dan SINI.


Beli tiket kat kioks je. Harga basic RM25 dewasa, kanak-kanak RM22.
Tapi jika korang nak masuk 2 area lain lagi, dikenakan caj tambahan.
Part ni ako lupa plak kena tambah berapa. Pada ako agak mahal juga la klu total kami berlima bole cecah sampai RM200. Ermm... jadi kami decide just masuk mini zoo yang basic aje la ye. Kat situ pun dah bole tengok replika dinasor juga 😅





Tarikan baru juga ni, replika rumah hobbit.
Nampak tak seketul hobbit berbaju kuning kat dalam gambar tu?! 😆😆









Hi korang, meh la tengok kawan baru Uyum ni!
Tinggi ada, gemok ada, lebar ada.... panjang pun ada hahha...
Meh pilih meh, mana satu pilihan kalbu 😆

Dah puas tengok dinasor, hujan pun turun.
Moh la kita balik.

Kami sempat ke Telok cempedak untuk makan tengahari.
Tapi sebab hujan jadi kami singgah aje kat kedai tepi corner TC tu (lupa plak nama kedai).
Sedap juga mi kari dia.

Hujan masih turun, dan kami masih lapar 😆😅


Kami menyinggah plak ke kedai Celup Tepung Hujung Tanjung.
Yang ini memang betul-betul kat hujung jalan berdekatan dengan hotel Swiss Belhotel.







Makan kat sini bagi ako berbaloi. Harga pun takde la mahal sangat. Pastu yang best, ko pilih, then baru dia goreng panas n fresh lagi. Sebab ada orang suggest kedai Paksu Maksu kalau nak makan celup tepung ni tapi ako dah try kat situ. Ermm sebab kat sana dia dah sesiap goreng. Macam ko beli pisang goreng, dah tersedia je pelbagai celup tepung dia. Nasib-nasib la, kalau dapat yang baru kluar dari kuali, ok lagi la. Tapi kalau yang dah tersedia goreng awal-awal, ermm dapat la yang kurang panas dan fresh.

So kesimpulan nya ako suggest korang try kat Cepul Tepung Hujung Tanjung!



Taadaaaa hasil laut pilihan kami.
2 ekor kembong
2 ekor sotong
14 ekor udang
Hot dog, telor sotong, fish cake etc

Puas makan.... sos cili nya pun sedap!


kopok lekor ni pun, bila order baru dia goreng. So sedap la kan makan panas-panas.


Cuma kedai dia ni agak sempit sket la. Sentiasa je penuh oii....!
Kedai ni buka jam 12 tengahari tapi jam 3 petang dah abis seafood nya.
Tu yang agaknya orang berpusu-pusu datang tak putus-putus.

Malam nya ingat nak lepak mengopi sekali hujan lebat daaa hahaha.....
Maka nya kita lepak kedai mi goreng aje la ye..

Nota Jemari: memang puas jjcm ni...