Emylia Home Bakery lebih dikenali dengan nama " Cafe Pink Gombak" terletak di Taman Sri Gombak sederet dengan kedai SenHeng dan berdekatan dengan kedai menjual barangan bakeri "Bake Well". Dah lama nak cuba kedai ni sejak ternampak promo nya dulu. Macam comel-comel gitu. Walau ako bukan la peminat pinkish ya, tapi saja la nak cuba-cuba singgah kan. So di satu waktu petang yang damai, menyinggah la kami bertiga ke kedai comel ni.
Takde orang hahaha.. pergi pun hari bekerja kan! Kedai ni takde la besar sangat so risau gak kalau-kalau penuh ngan manosia hahahha..Timing yang sangat bagus!!
Masuk semua pun pink oiii..... Tapi ok la ada gak putih sket. Bagi peminat pinkish pasti teruja tengok pinkish di mana-mana 😅
Kedai ni berkonsepkan bakeri jadi nya banyak la jenis-jenis manisan dijual di sini.
Semua pun home made ye, jangan plak terkejut kalau tengok rupa donut tu tak secantik macam jual kat kedai-kedai lain. 😁
Eh cop! Kedai ni bukan jual dessert je tau, ada juga menu-menu macam spageti, chicken chop dan yang sewaktu dengan nya.
Menu kat situ memang banyak oii.... rambang mata nak pilih. Untuk yang nak makan lite-lite aje, boleh la cuba menu-menu yang ada kat situ.
Menu minum petang kami....
Kami order :-
Mushroom Soup
DipnDip Brownies
Chicken chop Pasta
Ramen Chicken Chop
Chicken Wing original
Pink Lemonade
Blue Lagoon
Hot Latte
Overall semua pun sedap-sedap belaka.
Untuk yang nak cuba bole la ke :-
Branch- No 31, Jalan sg 1/9, Taman Sri Gombak, Selangor
⏰Buka setiap hari 11am-8pm
MON TO SUN -9AM TO 8PM
Nota Jemari: baru lepas cabut gigi geraham bongsu.... lambat lagi la dapat makan sedap-sedap balik😭
28 Comments
wahh menarik ni ako, boleh lah kak ana masukkan dalam list cafe hunt harga menu pun nampak murah tu, tq for sharing ..
ReplyDeleteha sila cuba.... portion pun just nice utk sorang makan :)
DeleteSAa pun bukan peminat pinkish tapi sesekali melaram ngan kaler pink best plak...muahahaha...apapun..SA x nak terjebak ngan gambar kat atas tu...kang teringin payah...lain la Ako nak bawak pi sini...eh...hahahaha
ReplyDeletemai la sini... bole aje nak bawa SA makan kat situ :p
Deletewahh pink sokmo ;p
ReplyDeletehahhaha wak suka x kaler pink :p
DeleteWah, pink sana pink sini! Jamu mata dengan warna-warna lembut. Pernah terbaca, warna pink boleh mententeramkan jiwa banduan.
ReplyDeletewah ye ke? tapi kat penjara, nape dia pakaikan baju kaler pink ek? hehehe
Deletewahhh...warna favourite!. Berbunga bunga hati masuk cafe ni. Teringat cafe zalynz oven kat shah alam, cafe milik ex blogger. serba pink jugak.
ReplyDeletehaahah cer cari kat somban ada x cafe kaler pink2 ni
Deletekalau saya memang suka pink, confirm hepi dapat masuk sini. kalau tiba-tiba terlajak ke Gombak bolehla cuba
ReplyDeletesila sila... bole cuba klu dah sampai situ k :)
DeleteNampak manis dan ayu.
ReplyDeleteBetul banyak makanan disajikan. Kira boleh makan daripada entrée hingga desserts. Tengok harga, harga pertengahan.
ok la kan, harga mampu beli hahaha... portion pun x besar / byk... x kecil.. sedang2 je
DeleteEeeee comelnyaaaaaaaa kedai diaaa!! Suka gilerrrr!!
ReplyDeletedeco yang simple...
DeleteKek lagi!!Halah3.Ada kek red velvet pulak tu.
ReplyDeletePatutnya lepas gigi baik baru singgah sini. Dahlah sedap-sedap menunya.Hu3 😂.
Sukaaa kalo ada menu yg savoury , karena saya tak terlaku suka makanan manis 😄. Tapi donat2 nih udah pasti jadi favoritnya anak2 kalo kesana.
ReplyDeleteComelnyaaa kedai warna pink ni. Owner mesti pinky girl hahahaha.
ReplyDeleteTerliurr pulakk tengok brownies dengan aiskrim tuuuu! Dah lama tak makannnn >.<
Comel-comel je cafe dia..
ReplyDeleteMesti owner ni suka pink..hehe
Ohh noo! Pink! Pink! Pink.. Okay, nak makan dessert!!!! No.
ReplyDeletePenat la gado dengan diri sendiri
>.<
Banyak juga pilihan menu. Harga pun ok. Boleh masuk list cafe hunt nanti hehehhe
ReplyDeleteComel ehh kedai ni dari namanya sampai ke dekorasi dalam tu...huhu..
ReplyDeleteBurger meleleh leleh tu nampak sodapnya haihhhh!!
menarik..boleh dicuba..
ReplyDeleteWah menarik tapi tak pernah singgah. Nanti boleh cuba juga ni. Menarik juga menunya..
ReplyDeleteWowww! Kulihat merah jambu sana sini. Banyak juga pilihan desserts kafe ni ya.
ReplyDeletewah sri gombak hebat skarang..nanti blk gombak bole la try singgah kalau kesempatan
ReplyDeletepink cafe.
ReplyDeletecikgu roti aida buka juga cafe roti tema pink.
tapi kat shah alam.
pink & roti is nice la.
flowers and dekorasi pink. best aje makan roti dan num coffee dlm tu.
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com