FAMILY TRIP 2021: JOM KE KUANTAN - NAK BALIK DAH!! (Last Day)

FAMILY TRIP 2021: JOM KE KUANTAN - NAK BALIK DAH!! (Last Day)

Dah nak balik!! 
Ekceli risau gak nak balik KL ni sebab semalam nya kejadian banjir yang tak disangka-sangka.
Banyak jalan tutup terutama nya di Karak highway. Setelah berbincang akhirnya kami setuju ikut laluan alternatif ke KL melalui jalan Muadzam -- > Segamat --> Tangkak --> Highway PLUS terus ke KL. Perjalanan kami agak jauh la sikit ye tapi berbaloi dan selamat gitu!!



Pagi ni nampak matahari nak kluar dah!! Hoyeee alhamdulilah kira hari yang cerah untuk memulakan perjalanan. Kita sarapan dulu kat hotel. Tak ramai plak arini yang turun sarapan. Maybe ramai yang dah balik atau ramai yang turun sarapan lambat kot kan. hahaha..






Sebelum tu sempat kitorang singgah beli kepok lekor rebus.
Kami beli di Li Pok Soh. Kebetulan rezeki kepok lekor ni baru je dia rebus.
Masih panas lagi. Ikutkan kedai dia buka jam 9 pagi tapi 8 lebih kami dah terpacak depan kedai.
Maka nya pakcik tu pun terus buka kedai sepenuhnya hahaha..


Dah kata perjalanan agak jauh kan. Kebanyakkan mereka yang ikut laluan ni akan kluar ikut Kuala Pilah tapi kami pilih untuk terus sampai ke segamat. Sebab konpom laluan tu akan jadi sesak. Dan nasib kami agak baik sebab pilih ke segamat. Dengar citer antara laluan Kuala pilah rupanya ada jalan dinaiki air. syukur sangat perjalanan kami dipermudahkan pada hari tu.

Citer pasal dah sampai Segamat ni kan, kebetulan dah masuk waktu lunch. Maka nya mencari la kami tempat makan. Kebetulan puas berpusing-pusing terus sampai ke dataran segamat. Berhadapan dengan Pejabat Perpaduan Daerah Segamat, terletak nya gerak "AyamGepuk BujangLapok"!!




Kami order 3 jenis ayam gepuk!!
Ayam gepuk pedas
Ayam gepuk cili ijo
Ayam kari.

Untuk korang yang memang suka pedas, seriously ako rekomen kedai ni weiii!!!
Sambal nya memang superb sedap!!!
Memang air secawan tak cukup oii...... hahaha...
Dan ako baru tau dia ada jual sambal tu asing.
kalau tau, konpom ako dah beli sambal dia!!



Port makan paling jahat!! hahaha...
Untuk korang yang berdekatan or kebetulan lalu kat situ, bole la singgah!

PALING PEDAS PALING BERKERUT PALING PANAS
🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥
LOKASI : Tok Uban Cafe Sebelah dataran segamat
Waktu : 11am-10pm
Cuti Hanya Hari 𝗜𝗦𝗡𝗜𝗡 !!



Nota Jemari:  Alhamdulilah perjalanan kami lancar..... Selamat tiba kat rumah lebih kurang jam 4:30 petang

Post a Comment

13 Comments

  1. air secawan tak cukup?..huhu..mmg pedas giler..dua2 sambal ke? heaven ni bagi yg suka pedas...

    Alhamdulillah, perjalanan lancar...perancangan yg tepat..

    ReplyDelete
  2. Kemain tagline-nya ye... takut pulak nak singgah haha...

    ReplyDelete
  3. Syukur alhamdulillah. Tak tempuh banjir dan lainnya. Lega. Selamat berisitrehat pula.

    ReplyDelete
  4. Nama kedai memang tidak menahan unik. Memang buat kita tersenyum.
    Oh di Segamat. Harap ada rezeki untuk cuba.

    ReplyDelete
  5. Uish cmane kita yang selalu ke Segamat tak tau kedai ni. Ok kena cari

    ReplyDelete
  6. Eh masuk tempat kitalah.Okay balik Segamat boleh try situ. Kuala Pilah memang jem selalu sejak akhir akhir ni. huhu...dah nak balik baru cuaca cerah elok kan. Takpelah, asalkan selamat pergi dan balik. Selamat berehat pulak :)

    ReplyDelete
  7. Nasib nekad buat decision, memang Kuala Pilah ada kawasan dinaiki air..kalau tak memang kena check in la kat mana- mana hotel kat Kuala Pilah tu...hotel biasa la tapi kan...syukur selamat akhirnya

    ReplyDelete
  8. Nasib tagline nya "Port makan paling jahat". Kalau "Port orang paling jahat" memang tak singgah jawabnya 😂.

    ReplyDelete
  9. Berliuuur baca niiih 🤤🤤🤤😍😍. Saya mungkin bisa kalap shopping kalau ketemu warung keropok lekor nih kaaak. Langsung bawa banyak untuk dimakan di Jakarta 😄😄.

    Tadi pas baca tulisan paling jahat, sempat bingung kenapa disebut paling jahat. Ternyata karena pedas yaaa. Okelaah masuk juga dalam list to try kalo nanti ke tempat ini 😄👍👍

    ReplyDelete
  10. Nampak sedap tu tp klau pedas ya amat mau minum air 1 botol besar..hehe

    ReplyDelete
  11. kopok lekorrr, 😋😋 Orang lain tengok pedas tu, haha

    ReplyDelete
  12. Wahhhh, nampak sedapnyaaaa..Ok, save dulu..one day nak datang..Jahat tau tak ajak! HAHAHHAHA

    ReplyDelete
  13. Menarik nama kedainya tu Kak Ret...
    Naniey dah lama tak ke Kuantan.. Rindunya nak ke sana..

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com