Baca kisah Kuantan yang lepas di Sini --> Hari Pertama & Hari Kedua
OK jom sambung balik untuk hari ketiga plak.
Pagi ni hujan. Kami plan nak bekfes kat luar.
Redah aje la. Dah usha nak makan nasi dagang Pok Gee.
Dekat je ngan hotel. Gambar takde eh sebab hujan takde mood nak snap gambar nasi aka kedai.
Lepas sarapan kita balik hotel dulu.
Tunggu la sampai hujan dah reda sket baru kluar balik.
Dah nak dekat waktu lunch baru dapat kluar.
So kita terus la isi perut dulu eh hahaha...
Google tempat makan, ramai mention kedai ni. So moh la kita try.
Speciality kedai ni katanya "Nasi Ikan Bekok". Ikan nya pun hanya ikan gelama ngan kerisi. Setelah di order rupanya nasi ikan masin je pun 😅 Tapi sebab dia goreng panas-panas maka nya jadi sedap la penambah selera la kan hahaha...
Ayam percik.
Ayam cincang.
Laksa Johor.
Teh tarik madu.
Ini antara menu yang ada kat situ. OK la not bad gak rasa nya.
Ada juga menu lauk pauk kampung yang lain.
Dekorasi kedai ni pun unik. Banyak barang-barang antik kat kedai tu. Rasa nya owner dia mesti peminat filem-filem lama kan. Specifically mesti peminat cerita-cerita P Ramlee.
Bagi korang yang nak cuba masakan di kedai Periuk Ali Russia, boleh la ke No. 1A, Bangunan LKNP, Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang. Kedai ni dekat je ngan Menara Kuantan 188 dan Kula cakes.
Ha sebut Kula cakes, lepas kami melantak di Periuk Ali Russia, kami ke Kula cakes plak.
Nak makan dessert hahaha...
Pada yang tak tau, Kula Cakes ni femes dengan kek mango cheese nya.
Korang bole bawa balik yang frozen tau. Tahan sampai 5/6 jam. So, just nice la kalau korang nak bawa balik KL. Harga frozen tu ada 2 size.
Ada dua size ya frozen mango cheese tu, 7" dan 9" ... Bagi ako 7" pun dah lebih dari cukup untuk buat rasa-rasa haha. Dah sampai situ takkan tak order kek lain juga kan. Alang-alang tu kita order kek dan makan kat situ juga. Kula cakes ada sediakan tempat untuk korang lepak-lepak tau. Walau takde la besar tapi ok la buat santai-santai je.
Selalunya yang datang makan semestinya mereka yang dari luar Kuantan.
Mango Cheese cake yang wajib korang order.
Red velvet yang moist dan cheesy juga.
BurntCheese cake yang lembut.
Eh eh semua kek kat situ memang sedap-sedap belaka.
Rugi kalau tak cuba!!
Sekali makan pasti nak lagi.
Ha terbukti sudah keenakan kek di situ 😆
Untuk yang belum terjah, boleh ke Kula Cakes yang terletak di ;
96, Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang (berhadpan dengan Menara Teruntum @ Menara Kuantan 188)Dibuka Setiap hari dari jam 11 pagi hingga 5:30 petang.
Tutup hari Isnin.
Dah kenyang kan, cuaca pun cam OK je, jom kita jalan-jalan.
Terus terjumpa lorong art street ni. Tak jauh dari Kula cakes. Banyak parking sepanjang jalan besar tu.
Dah sampai sini maka nya kita pun posing-posing aje la yek.
Layan kan aje la budak bambam ni berposing. Nasib mood dia tengah OK ni nak pose ikut arahan Nina. hahahhaa... Korang kalau nak cari model tak bertauliah, boleh cari budak ni 😆😝 Upah je dia makan eskrem gerenti laju dia pose hahha..
Last pose, pastu kita balik hotel. Dah sampai hotel tu biasa la kan, harus la dia ngajak nya kita teman dia mandi pool.
Malam kami dinner kat Ana Ikan Bakar Petai.
Cuma sambal ikan bakar petai dia mmg sedap!
Ako yang tak makan petai ni pun bole layan sambal dia tu.
Seriously yang ako makan tu tak kuat sangat bau petai nya.
Sambal tu macam sambal portugis. (korang bole bayang kan la eh.... )
Ada banyak cawangan tau ikan bakar Ana ni. Rupanya tempat yang kitorang makan ni, masuk ke dalam lagi pun ada juga kedai ana ikan bakar ni. Kalau rasa bahagian depan dah penuh, jangan risau, kat dalam pun lagi luas tempat duduknya. Parking pun senang.
Ana Ikan Bakar Petai 2
Perkampungan Tanjung Lumpur,
26060 Kuantan, Pahang
Dibuka jam 5:00 petang
Malam tu memang semua tido dalam kekenyangan hahaha... Dari pagi asyik makan sesajo kan 😆
Nota Jemari: Alhamdulilah hujan dah berhenti malam tu...
11 Comments
jalan2 cari makan...ramai yg share Kula Cakes..
ReplyDeletemenarik street art dia, 3D..yg boat & gunting rambut tu menarik..
Ini memang betul- betul pulun makan nyer travel ni....kulacakes tu memang semua cake dia sedap...
ReplyDeleteaduh sedapnyaaaa mango cheesecake kula cakes tu!
ReplyDeleteby the way, kenapa nama dia periuk ali russia ek?
rasa nya ali tu nama tokei dia... russia tu maybe dia lahir kat russia kot hahaha
DeleteUnik nama kedai Periuk Ali Russia.
ReplyDeletePernah makan di kedai Ana itu. Memang luas tempat. Kitorang pilih ada gazebo sebab pergi ramai-ramai.
Ingatkan Ali Russia tu jual makanan Russia. Kula Cakes ni saya tak sampai lagi. Memang seronok la cuaca sejuk makan dan makan lagi
ReplyDeleteMenarik jugak resto periuk Ali Russia tu. Ayam percik dan laksa johor dia menggoda betul. pergi Kula Cakes memang wajib cuba mango cake dia. Sedap! Dulu masa pergi masih berbatu lagi. Sekarang dah nampak proper dan better lagi.
ReplyDeleteIkan bakar petai dia memang tersedap. Memang layan lagi lagi tengah lapar tu kan
Terliur tengok kek kat Kula Kek tu. Kita paling suka kek red velvet. He2~
ReplyDeleteMemang terbaiklah street artnya. Cantik!!
Pas baca nama restoran Ali Russia, saya langsung terpikir ini restoran dengan Rusia culinary 🤣. Ternyata tetep Melayu menu 👍. Teringin sangaaat nak makan ayam percik. Kemarin, pas jalan ke Bintaro sepulang main di snow world, saya terjumpa tempat makan Malaysia yg menyediakan kepak madu dan ayam percik. Dan senaaaang sangat bisa makan ayam eprcik, tapiiiii unfortunately habiiis dah ayam percik nya. Jadi terpaksa hanya puas dengan kepak madu -_-.
ReplyDeleteAna ikan bakar petai ini saya pernah baca dulu. Dah kepengin untuk datang juga. Soalnya saya sukaaaa sangat petai kak 🤣. Jadi kalo sudah berbau petai-petai, confirm lah pasti nak coba 😄
Aini so far tak pernah pi Kuantan.
ReplyDeleteInsyaAllah ada rezeki leh la Aini pi
bestnye jln2 sambil cari tmpt mkn.
ReplyDeletekula cake dgn ana ikan bakar petai syu pernah pegi dlu.
yg tmpt 1st tu xpernah lg..
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com