[Entry agak panjang sket ye... harap tabah membaca nya 😆]

Baca tajuk mesti korang cakap, hujan2 gi pantai timur?? Omomo..😅 Buat keje gila namanya ni!! Ok kita gamble je la walau dah on da way tu member siap send keadaan cuaca kat sana dari jabatan meterologi malaysia. Kita cakap kat member pape pun kita kasi isi perut dulu pagi2 ni k. Kasi tambah tenaga untuk berpikir samada nak teruskan trip ni or ubah haluan..😁


Seawal jam 7:30 pagi hari Jumaat, 17 Disember 2021, dah gerak dari rumah. Masa ni hujan renyai-renyai lagi. Dalam perjalanan kat highway, hujan dah start mencurah-curah tapi belum lebat la.
Memang dah target nak sarapan kat sini. Trip kali ni macam biasa harus la ako buat itinerary juga hahaha. Dan ini adalah pit stop pertama kitorang untuk trip kali ni. Sarapan di Lemang To'Ki di Bentong.

Sampai je kat kedai Lemang To'ki hujan dah start lebat. Arghh sudah!! Camne nak kluar dari kete ni?? Tapi kami redah juga la. Alhamdulilah masuk-masuk je tak ramai orang. 


Scan mysejahtera dan suhu, terus kami cari tempat duduk.
Tengok tempat diorang letak makanan macam dah renovate. Nampak luas dan selesa sket la nak beratur amek makanan tu. Takde sempit-sempit macam dulu.




Pepagi derang dah start membakar oii...
Makan panas-panas memang heaven la kan...
Tambah plak masa order nak beli lemang, rendang ayam nya baru je siap masak.
Perghh memang rezeki la kan dapat makan fresh dari dapur hahaha...



Selain lemang, ada juga ayam bakar tau.
Pastu cicah plak ngan air asam dia.... pergh seriusly air asam dia sangat marbeles!!



Kalau tak nak makan lemang pepagi buta, jangan risau.
Masih ada lagi makanan lain macam nasi lemak, nasi goreng, mi goreng dan yang seangkatan dengan nya. Ada juga roti gerai roti canai. So banyak pilihan la kan.


Tempat makannya memang luas. Ada banyak tempat duduk jadi jangan risau kalau korang nampak macam ramai je orang tengah beratur kan, insyallah sentiasa ada je tempat kosong.


Set lemang dan rendang daging harga RM5.50



Kalau waktu tengahari atau petang tak silap ada lagi menu lain macam nasi ayam dan goreng-goreng juga.


Lemang To'ki ni banyak cawangan ye.
Yang ako pegi ni tak silap yang main dia.

Lemang To'Ki
Batu 2, Jalan Tras, 28700 Bentong, Pahang
016-953 0544
Waktu Dibuka terkini 8:00 pagi hingga 11 malam
Tutup hari Isnin.


Dah kenyang moh kita teruskan perjalanan.
Masa ni hujan dah benti tapi dah on day way hujan turun dengan lebat nya.
Kami meneruskan perjalanan ke Kuala Gandah.
Nak tengok gajah katanya hahaha....
Perjalanan dari lemang to'ki ke kuala gandah lebih kurang 30-40 minit gitu.
Tapi sebab hujan kan, so rasa macam jauh sangat. hahhaa....


Sampai dah kat sini, hujan masih mencurah-curah turun.
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah.
Dulu-dulu gi sini meriah je, dah pandemik ni sunyi sepi.
Sian gajah-gajah tu tau takde sape nak melawat diorang 😂


Meh la Uyum ngan abang-abang je la gi melawat.
Kena register dulu ye. Isi borang semua pastu dah bole tengok gajah.

Tengok la aksi-aksi Uyum dan gajah kat bawah ni ye hahahha...
Kemain excited dia nak bagi gajah tu makan.
Kalau bole dah lama dia nak naik gajah tu.
Nasib la hujan dan rasanya time-time pandemik ni takde dah diorang nak bagi kita bermesra ngan gajah dengan lebih dekat lagi.

Kalau sebelum ni ako datang situ, ada show gajah, siap boleh mandikan gajah.
Siap bole naik gajah ronda-ronda kat situ. Iskk banyak la aktiviti nya. Tapi dah pandemik ni semua pun sepi je.















Tak pasti sungai ni ke dulu tempat gajah mandi eh?
Dulu tengok macam besar je sungai nya... tapi kali ni tengok macam kecil plak 😅


Ini pun antara wishlist Uyum tau!
Seronok la dia dapat juga tengok gajah.😆
Setel tengok gajah, jom kita teruskan perjalanan ke Kuatan.
Hujan masih mengiringi perjalanan kami cuma takde la lebat sangat.
Kami sampai Kuantan lebih kurang jam 4:30 petang.
Terus check-in Swiss Belhotel di Tanjung Lumpur.



Alhamdulilah sepanjang stay kat situ, walau hujan lebat, tepi pantai, syukur sangat tak berlaku banjir kat area situ. Memang hari-hari suruh Uyum doa semoga percutian kami tak terjejas akibat banjir ni. Kalau tengok air laut tu dah betul-betul dekat dengan hotel bila air pasang, risau juga ekceli tapi kita mampu doa aje la kan. Syukur sangat-sangat dipermudahkan urusan kami sepanjang kat Kuantan tu. 


Asalnya nak 'lunch' kat Kedai Ikan Bakar Petai Ana ni sebab tengok ramai nya orang dah duduk dalam kedai tapi rupanya kedai dia tak buka pun lagi time tu. Adoiyaaiii......maka nya terpaksa la kita pusing-pusing cari kedai lain. Dijadikan cerita rupanya kat sana hari Jumaat memang takde kedai buka sangat ye untuk lunch. Sadis sungguh, jenuh gak nak cari kedai makan area Tanjung Lumpur. Nasib la terjumpa kedai Nasi Kukus MyMama ni branch situ.

.: credit photo by google:.

Nasi Kukus My Mama - Tg. Lumpur Branch

A-17, Lorong Peramu Aman 30,
26060 Kuantan, Pahang Darul Makmur.


Masuk-masuk punya la ramai orang. Maybe sebab ni je satu-satu nya kedai yang buka untuk lunch. Kebanyakkan kedai tutup or buka untuk dinner je. Tengah lapar semua pun nampak sedap kan hahaha. Jadi la untuk isi perut.


Korang pikir ako ada masa nak rehatkan badan????
Nan ado.... dah check in terus di ajak nya kita mandi pool.
Masa ni hujan tengah turun ni, tapi takde la lebat takat renyai-renyai gitu.
Kalau lebat guruh semua memang diorang tak bagi mandi.

So before mandi kena la register dulu ye.
Takde limit berapa lama nak mandi tapi kena bagitau berapa orang yang akan masuk dalam kolam untuk mandi. Baju pun derang particular sket ye. Tak boleh nak pakai baju lain selain baju mandi. T-shirt ke, suar biasa ke, dia tak bagi masuk kolam. Kat sini ada orang yang jaga dan monitor.









Pool sini best weii.... dah macam pegi theme park.
Walau takde la besar kan tapi untuk yang ada anak-anak memang seronok la.
Tak payah tengok orang lain, tengok Uyum je dah tau betapa hepi nya dia dapat main slide tu hahaha..

Pool mandi dia besar. Ada 3 jenis, so bole la pilih nak terjun kat mana.
Pastu siap ada jakuzzi n sauna juga.
Untuk yang ada anak macam baby ke, bole la lepak kat kids room.
Gym & spa pun ada disediakan.




Malam-mlam kalau rasa nak dinner menghadap laut, bole la booking nombor yang tertera tu k.
Harga dia not bad kan. Kalau korang gi ramai-ramai berbaloi dah tu share hahaha...

OK la rasa cukup sampai sini dulu.
Nanti kita sambung lagi dinner kami ke mana plak ye..!

Nota Jemari: Tiap kali kami nak kuar, ujan pun turun 😅