Hahahaha... ok ni Uyum nak citer.
Uyum dah lama nak main salji sejak Uyum tengok video Nina main salji ngan kawan-kawan masa kat Korea dulu tu. So Uyum dah pasang niat, suatu hari nanti Nina kena bawa juga Uyum main salji. Tapi tetiba covid plak kan. Nak ke luar negeri ntah bila la tercapai... maka nya Nina bawa aje la Uyum main salji di Icity, Shah Alam.
Hoyeee!! Bila tau je nak main salji, excited betul si Uyum!
Hari-hari dok menghitung hari.
Dan tiba la arini rezeki Uyum dapat juga main salji.
Snoworld ni buka jam 1 petang.
Tapi kitorang punya la excited jam 12 tengahari dah sampai.
Maka nya moh la kita lepak-lepak kat luar dulu ye.
Penyambut kedatangan Uyum. Kuda ku lari gagah berani. hahaha
Kuda hitam aduh... Kuda hitam...
Nak naik kang tak pasal-pasal ada yang roboh kuda tu kang.
Maka nya kita snap gambar kat tepi aje la ye Uyum oii 😆
Tetiba dia nampak ni, "Eh nina ada tempat mandi la!! Kita tak pegi mandi kat situ ke nanti?"
Erkk... ok mandi manda nanti next time aje la Uyum ye.
Hari ni tujuan kita nak main salji je kan!!
Nasib baik la salji lebih menyakin kan dia dari mandi manda hahahah 😁
Pastu kita posing-posing dulu la kat area "red carpet".
Pastu snap kat sini plak.
Pastu kan kita lepak kejap sambil makan eskrem.
Tepat jam 12:30 tengahari moh la kita ke area snoworld.
Ako ingatkan hari kerja takde la orang kan.
Sekali tetiba berduyun plak orang dok menunggu kat area snow tu.
Pose kejap la kan before kita masuk.
Eh uyum mana???? Dah jadi 'orang dinding' plak ke? haha 😆
Tepat jam 1 petang, dah bole masuk!
Ok meh nak citer harga tiket.
Ako dapat harga snoworld RM45 sorang.
Asalnya nak amek yang pakej termasuk semua dengan harga RM75 tapi sebab niat nak main salji je kan, maka nya kita beli tiket snoworld sahaja la ye. Harga tiket berubah-ubah tau! So rajin-rajin la check kat website or sila install apps icity sebab segala pembayaran kat sana semua guna apps aje :)
Dah scan suhu, mysejahtera, dan tiket, moh kita ke kaunter kasut dulu.
Sila nyatakan saiz kasut korang.
Tak bole nak pilih-pilih kasut ye.
Semua pun sama je jenis nya hahaha..
Pastu sila ke kaunter ni untuk buat pembayaran locker.
Pastikan apps icity korang dah di topup sesiap ye.
Harga locker RM3 sahaja.
Nak beli glove pun kat sini juga.
Glove harga RM10 sepasang.
Stoking pun ada juga jual kat sini, in case korang terlupa nak bawa la kan.
Even snow capp pun ada je jual.
Resit pembayaran locker tadi, korang bawa kat sini dan tunjuk kat penjaga locker.
Nanti dia akan bagi korang locker n sumbat la barang-barang korang mcm kasut or bag ke dalam tu k. Locker nya takde la besar mana tapi cukup la sumbat kasut 5 pasang n bag quechua 2 bag dalam tu.
Pastu pada korang yang tak bawa baju sejuk jangan risau, kat situ nanti ada disediakan pelbagai jenis saiz baju sejuk untuk dipakai. Macam kes ako, ako sesiap bawa dari rumah ehhhee... kecuali abin la sebab memang takde kan. Jadi nya terpaksa la dia pilih baju-baju yang ada kat situ. Saiz memang banyak jenis ya. So tak perlu nak risau kalau korang jenis yang 'big saiz' ke kan. Insyallah ada je saiz untuk orang yang besar. Even saiz budak kecil 2, 3 tahun pun ada juga ye.
Jacket n kasut adalah FREE! Stoking bawa sendiri la ye, kalau terlupa sila beli.
Glove pun kena beli.... kalau tak sila bawa sesiap dari rumah.
Kalau sejenis yang tahan sejuk, so tak payah la pakai glove tapi korang tahan ke sejuk tu 😜
Wajib kita pose dulu sebelum masuk.
OK pasni penuh gambar-gambar aje la ye!!
So enjoy tengok Uyum main salji k. 😆
Sayang nya tempat ni tak besar mana pun.
Kalau nak dibandingkan lebih 10 tahun yang dulu.
Masa abin kecil, tempat ni lagi besar.
Ada pameran ais.... tapi kali ni just tempat salji camni je yang ada.
Ako share video betapa excited nya si Uyum dapat juga main salji.
Jadi la kan.....!! insyallah kalau ada rezeki kita main salji yang betul-betul ye Uyum hahaha
Ini baru kat icity.... kalau pegi tempat salji betul-betul, camne la reaksi si Uyum kan?!
So tertunai la hajat Uyum nak main salji.
Next esok kemana kita ni (eh arini laaa....)?? Nanti kan percutian Uyum seterusnya k 😁
Oh ye, lebih afdal kalau korang pakai seluar yang kalis air.
Sebab salji ni kan ais... so bila korang naik gelongsor tu konpom la suar akan basah!
So nasihat ako, pakai la suar kalis air macam tracksuit ke.
Jangan plak pi pakai slack, memang korang balik tu montot pun basah lencun la ye hahaha...
Paling-paling pun bawa la suar spare k 😄
Nota Jemari: Semoga dipermudahkan perjalanan kami ....
20 Comments
bestnya! Nak pergi jugaklah nanti kalau ada rezeki
ReplyDeleteDatang awal dapat ambil gambar di luar.
ReplyDeleteNampak ramai dalam itu.
Oh sudah jadi kecil tempatnya. Macam rugi pula tidak dapat teroka tempat.
wah..seronoknya....
ReplyDeletelama tak pii i-city, syoknya main snow
ReplyDeleteBerapa mereka buat suhu dalam ruangan kak? Saya pertama coba main di snow world ini sat junior high school di Genting Highland, ada tempatnya saya ingat. Mereka buat suhu di dalam -12 darjah. Tapi pas main ice sliding, ada disediakan macam tire lah, buat kita meluncur, jadi tak basah celana.
ReplyDeleteNah trakhir ke KL bareng teman2, 2017, sebenarnya saya sudah masukkan I-city nih dalam itinerary. Tapi dikarenakan tak ketemu rute jika naik public transport selain taxi, akhirnya cancel dan memilih sunway, Krn dilewati MRT 😄. Seruuuu yaaa, jangankan anak2, saya pun sukaaaa main di tempat begini 🤣
Untung di Jakarta dah ada. Jadi kadang bawa anak2 main kat sana juga
kiutnye uyumm kat dinding...hehehehehe
ReplyDeleteComel sangat Uyum jadi orang dinding.. Semalam Lurviey cite nak salji pergi kat Genting, pagi ni tunjuk kat die Uyum main salji. N bagitau die tak payah pegi Genting. Icity pun ada. Dekat lagi.. :)
ReplyDeleteMasyaAllah. Seronoknya. Dulu PC pergi sini belum ada yang salji-salji ni.. nampaknya kena pegi lagi ni..huhuhu
ReplyDeleteWahhh.. Uyum seronok la main gelongsor tu ya. Lepas ni ke mana pulak nina nak bawa agaknya 😍😍
ReplyDeleteBest! Saya pernah pergi, tak tahan sejuk nau, keluar kejap..pastu masuk balik! Nak rasa berbaloi duk lelama dalam tu sampai puas, kannn..Hehee...Syokkkk main salji Uyummm!
ReplyDeletethanks for the tips kak Ret. Manalau tiba-tiba 'ter'sampai snow world. selalu gi icity nengok lampu jer. bestnya Uyum. nampak keriangan terpancor walau di balik facemask
ReplyDeleteSelamat berholiday
ReplyDeleteYeay! Tercapai hajat Uyum nak main salji. Pasni ada rezeki dapat main salji betul pulak kan.
ReplyDeletetk dpt p overseas..pi snowworld icity main snow pn ok....yg kt sini tp smp lg tp pernah main snow kt genting
ReplyDeleteSeronoknya Uyum dan abang- abangnya....nampak muka puas hati dia tu...hehehe....
ReplyDeleteAlahaiii! ngam-ngam aje muat dinding tu si Uyum
ReplyDeleteTengok salji buatan pun dah sejuk huhuhuu...seronoknya Uyum hajat tercapai sudah ya.
Bestnya! Jadilah kan dapat gak main salji :)
ReplyDeleteaida da gi dah sini. years ago.
ReplyDeleteterlalu sejuk hu hu hu... time tu anak2 kekecik lagi tau.
sorang anak sedara kena snowbite :( terus kami keluar dari situ.
asben aida pernah blaja di UK. bertahun la merasa salji.
katanya kesejukan di icity ni tak brape original. sejuk ais :) sejuk salji berbeza kata nyer lah.
eksyen ler tu. kita mana tau sejuk ais ke, sejuk peti ais ke ha ha ha ha ha...
tapi tu la. anak2 dpt pengalaman kan. tu yg mahal.
ReplyDeletenak ke oversea bukan murah2. dpt ke sini pun amat bersyukur.
aida nak repeat nanti in shaa Allah.
bestnye tgk uyum main salji.
ReplyDeletepernah juga dtg skali time masih study lg. bestt
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com