Raya 2021 melakar sejarah.
Sekali lagi kita beraya di norma baru.
Kalau raya 2020 kita masih boleh ziarah menziarah, tapi berlainan plak untuk raya 2021.
Ko raya sendiri-sendiri kat rumah sendiri kekdahnya.
Pagi raya, takbir sendiri kat rumah je la ye.
Pastu kita solat raya pun kat rumah juga.
Alhamdulilah, kali ni Abin jadi Imam kami semua.
Selesai khutbah, kita pun soru hahaha...
Tapi jam 9 pagi dah janji dan video call dulu dengan adik dan kakak.
Macam tahun lepas juga, adik yang kat Batu Pahat still tak bole nak balik raya ke KL.
Kakak yang di Gombak pun tak dapat nak datang beraya ke rumah kami di Sentul.
Maka nya, tahun ni kami beraya di rumah masing-masing.
Walau jauh, walau dekat, ini je la beberapa ketul family kami.😆
Dah selesai ucapan raya dari semua, moh la kita melantak dulu.
Set rendang, ketupat, sate & lemang, semua nya kami order je.
Tak yah nak berebut-rebut berasak-asak cari ayam atau daging.
Beli tulang ayam terus siap jadi kuah soto haahah...
Kemain dia makan bertambah-tambah.
Nak masak banyak-banyak pun , balik-balik kami bertiga juga yang kena abiskan.
Hahahhaa...
Dah kenyang, moh kita amek gambar raya plak sebagai kenangan.
Hahaha uyum dah kenyang, mata dah kuyu.
Haippppp!! Baru lepas makan, jangan ngengada nak membuta plak.
Uyum penat la nina, asyik gambar je....
Aishh... ina baru nak pose, uyum dah penat plak...
Takde takde.. jom posing lagi...😆
OK dah cukup... muak plak tengok gambar sendiri hahaha...
Setel makan, setel posing, memasing buat hal sendiri.
Tau tau penuh je gambar budak ni selfie lam henpon ako.
Aishh bila masa ntah dia dok selfie selfie ni. hahaha...
Hari raya pertama kami sudahi dengan main bunga api tapi takde gambar dah...
Sekian... jadi la kan raya kali ni.
Semua pun sendiri-sendiri je.
Lupa nak cerita....
Kisah nya sehari before raya dapat call dari orang opis.
Husband Kak Sarah disahkan +ve COVID.
Dan kebtulan ako dan beberapa teman kan ada gi opis 6hb aritu sebab nak collect duit raya.
Memandangkan kami memang ada berjumpa ngan kak sarah ni, maka nya otomatik kami semua kena kuarantin hingga result kak sarah kuar.
Masa dapat call tu, rasa speechless sangat.
Memasing dah berdebo-debo tunggu keputusan kak sarah.
Semalam kak sarah dah buat swab test PCR kat private klinik.
Hari ni result dah kluar.
Alhamdulilah, so far resultnya -ve.
Ya allah, syukur sangat-sangat.
Cuma kak sarah still kena buat 2nd test dari KKM juga.
So test nya inysllah tak esok atau lusa.
Doakan test KKM pun resultnya -ve ye.
Kami yang lain ni pun dah tak senang duduk.
Walau kami dah bebas dari kuarantin tapi kami masih tetap kena monitor keadaan diri masing-masing.
Ya Allah...
Kau peliharalah kami dari jadi mangsa COVID19, amin YRA.
Nota Jemari: sampai lupa nak ada sesi bagi duit raya....
21 Comments
Allahu Akbar! Semoga tiada apa yg mmebimbangkan.
ReplyDeleteMeriah juadahnya, tapi tak apa, ramai tu yg boleh tolong habiskan, hihi
tu la kan minta semua dijauhkan dari bala covid ni...
Deletemasih takut2 lagi kami ni walau result kakak tu -ve...
kena tgu juga rsult dari KKM plak...
alhamdulilah... nasib la juadah dapapt juga diabiskan hahah
Selamat menyambut raya PKP
ReplyDeletemaaf zahir dan batin
Selamat hari raya wak
DeleteSyawal yang benar-benar mewah dengan bermacam rasa bukan menu je bermacam dan banyak rasa. Dalam hati ni pun adudududu. hehehehe.
ReplyDeleteSelamat hari raya,maaf zahir batin😁
ReplyDeleteAlang2 post citer pasal raya, jemput lah join contest raya syu😉
Sedapnyaaaa soto.. da lama xmkn.hehe
ReplyDeleteMeriahnya juadah raya atas meja tu . Salam aidilfitri untuk semua
ReplyDeleteSelamat hari raya..maaf zahir & batin..sedap2 juadah raya..
ReplyDeletehari ni dpt tau ada ofismate yg +ve covid...huhu..
Harap keputusan kedua pun negatif. Amin.
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan urusan.
ReplyDeleteSelamat hari raya!
Ui.. uiiii.. Serama kan kalau ada dalam kalangan kita kena Covid ... Saya pun haritu camtu. mujur member ckp resukt negative .. fuh.. kalau leh, x nak la kena swab bagai tuuu. takuddd... huhu...
ReplyDeletePssstt; takde sesi bagi duit raya la ni ehhhh?? Hahahaha
2nd year raya pkp. tambah tak best bila tahun ni lansung tak dapat kemana mana. kita raya dalam rumah je lah. Sakan masing masing posing dalam rumah.
ReplyDeleteAllahu, berita macam ni speechless dibuatnya. Alhamdulillah. syukur negative.
Meriahhhhh juadahnyaaa! Penuh satu meja hehehehe.
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan segala urusan. Moga moga result negative. Mintak dijauhkannn dari terkena covid 19 ni. Aamiin.
Semoga baik2 saja tak ada yg terkena covid. Selamat hari raya Ako. Meriah walaupun beraya di rumah masing2 hehe
ReplyDeleteselamat hari raya..mmg beza raya thn ni ngan last year..smoga cpt la berlalu wabak covid 19 ni
ReplyDeleteSelamat hari raya aidilfitri..
ReplyDeletesemoga semuanya baik-baik sahaja..
Baru perasan naniey tak de sesi bergambar kat dalam fon. Hehe. Ada boomerang je 2 keping. Adehh.. Nak bergambar Naura buat hal sebab malam rasa tu dia jatuh habis dagu luka. Hari raya memang moody sangat.
ReplyDeleteklu dpt case ckp yg terdekat +ve and kita kena kuarantine , mmg tiba2 rasa tkot kan
ReplyDeleteSeronok tengok hero bertiga tu sporting posing. Semoga semua baik-baik sahaja, Kak Ret. By this time mesti dah tahu result test kedua tu kan...
ReplyDeleteAlhamdulilah resultnya negatif...
DeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com