LAST MINIT!!

Alhamdulilah, ye betul ako dapat last minit info pasal cucuk vaksin ni.
Kebetulan salah sorang doktor yang buat suntikan vaksin ni bertugas di PWTC.
Jika ada kekosongan (bila mana mereka yang berdaftar, sepatutnya hadir pada siang hari tersebut tapi mereka tidak hadir, maka ada la kekosongan disitu), kalau korang bertuah KKM akan update mysejahtera korang secara LAST MINIT!!

Jadi sentiasa rajin tengok apps mysejahtera korang, OK!!


Rezeki ako dan kak een malam tadi.
Asalnya kak een tak nak pegi sebab takut, so husband dia la join ngan ako gi cucuk.
Tapi LAST MINIT ako pujuk juga, akhirnya dia pun sampai gak ke PWTC malam tadi.

Appointment kami jam 9 malam.


Tempat kami di Station 3.
Tunggu ada orang fetch kami naik ke atas.
Pastu di ruang menunggu, kami kena isi 2 borang.

Jumpa ngan pegawai bertugas, update mysejahtera.
Jumpa plak dengan doktor.
Doktor tanya kalau kita ada alergic ubat ke.
Sebabkan ako ada makan ubat darah tinggi n kolestrol, so ako siap bgtau dan tunjuk ubat yang ako da amek beberapa hari ni. Nasib doktor cakap ok takde masalah untuk disuntik.

Terus menuju ke bilik rawatan.
Banyak rupanya bilik-bilik dia.


Tak dan nak tarik nafas, nak baca ayat pape, nak belek ruangan bilik...
Tup tup doktor cakap, "Ok dah siap!"
Haaaa??? Biar betul? Cepatnya doktor ... hahahha....

Seriusly pengalaman ako kena cucuk vaksin tu, ko tak rasa pun jarum masuk.
Even x rasa pun cecair masuk kat badan... eh eh ada ke yang rasa ek?? hhhaa
Bila doktor tarik jarum pun, tak rasa juga!!

Pantas OK....!



Terus kena pegi ruang observation.
Amek nombor, tulis nama atas kad.
Pastu bagi borang dan kad tadi ke kaunter.

Masa ni agak lama sket la kena tunggu k.
Observation dalam 15 -30 minit gitu.
Sementara tunggu diorang update status kita kat mysejahtera, time ni la nak monitor diri sendiri.

Ermmm semlm ada gak rasa pening-pening.
Tapi macam abaikan, sebab takut sebab lampu dalam dewan tu macam malap-malap gitu buatkan sakit mata dan aotomatik kepala. Husband kak een pun rasa pening-pening gak. Kami buat dek je sebab rasa macam biasa hehehe..... Boleh tahan lagi kisahnya.


Alhamdulilah ako sudah dapat vaksin yang pertama.
Dan setakat ako menulis ni, ako sihat alhamdulilah.
Tak tau la kalau kesan nya esok lusa kan.
Sebabnya kak een dah demam-demam macam demam urat.
Banyak dah dia telan panadol, now lepas actifast, dia dah rasa OK sket.

Untuk korang, effect vaksin ni lain orang lain gaya nya.
Kalau ada peluang, pegi la dapatkan ye.
Vaksin bukan la UBAT untuk hapuskan COVID.
Tapi vaksin untuk mencegah dari TERkena covid.

Nota Jemari: Kita buat apa yang terbaik untuk diri sendiri.... jangan ikut orang ye!