Ada satu isu ni kan ako terbaca la sorang influencer ni bergurau berkenaan pakaian kaum di Sarawak. Ramai la orang marah terutama nya orang-orang Sarawak.
Influencer ni rakyat MALAYSIA ok, tapi si isterinya bukan.
Lagi la menambahkan kemarahana rakyat jelata hahaha...
ye la kan, jangan la permainkan isu-isu yang bole membabitkan soal sensitiviti sesuatu kaum atau bangsa atau rakyat. Ako pun x nak ulas mende tu lelebih.
Cuma ako nak share, ako dan geng-geng opis cukup bangga dapat memakai pakaian tradisi kaum-kaum dari Sabah & Sarawak ni. Nak beli buat koleksi, rasa nya tak mampu lagi la kan.
Kisahnya kami diberi peluang untuk membuat persembahan sempena Majlis Tahunan Makan Malam di opis ako pada tahun 2010. hahha ye memang dah lama, lebih soploh tahun kan.
Kenangan bergambar sesudah selesai persembahan.
Tema Dinner kami masa tu ada lah "Warna warna Nilai Bersama"
Meriah betul konsep malam tu.
Memang show kami pun melambangkan kehidupan pelbagai kaum di Malaysia.
Berpeluang juga memakai pakaian kaum kadazan di Sabah.
Memandangkan baju ni takde lengan sebenarnya, maka terpaksa ahkak ko ni pakai 'baju kat dalam lengan panjang'
Ekceli masa pemilihan baju ni, ako dah risau.
Satu sebab dia xde lengan.
Dua sebab dia kain labuh. (ako risau bila nak menari buluh , takut x lepas nak lompat2)
Tiga sebab ako rasa macam padat sangat bila pakai...
Tau-tau je la baju sewa semua pun comel-comel belaka saiz nya hahaha...
Tapi setelah kita 'ubah suai' sket ikut keadaan, alhamdulilah nasib la ako dapat memakainya dengan selesa dan yakin.
Paling beruntung member sorang ni dapat merasa pakaian kaum Iban yang hangat diperkatakan skrg ni. Berat ok part pinggang dan kat kepala tu.
Seriously memang cantek sangat baju nya.
Memasing dok risau juga nak buat show dengan baju-baju camtu.
Takut ada yang terosak ke kan.
Asalnya ako x plan nak join diorang ni buat show.
Asalnya masa diorang buat latihan, ako saja2 menyibuk tengok-tengok.
Tapi kebtulan diorang tengah tak cukup orang untuk part tarian sabah n sarawak ni.
Maka nya ako pun suka-suka la tawarkan diri.
Ha sekali terus melekat sampai akhir persembahan.
Memula memang tak confident nak menari tarian ni.
Teruatama bila dapat tau kena menari tarian buluh!!
Ya allah bole ke buat ni?? Kalau tersepit kaki macam mana?
Hahaha seriau ok!!
Masa latihan pun berpeluh nak hafal step, nak elak dari kena cepit kaki nya.
Nak kena dengar muzik... iskk bak kata memang x yakin.
Alhamdulilah ako dapat group yang best!
Yang bagi semangat untuk terus yakin berlatih dan berlatih.
Akhirnya berjaya juga.
Bangga ok!
Bukan senang nak menari buluh ni.
Nampak macam simple je tapi tuhan je tau masa kejadian, betapa semua pun takut tersalah step.
Ako nak share ngan korang persembahan kami di hari kejadian.
Maaf jika suara audio & gambar tak memuaskan.
Jadi la, ada gak sebagai kenangan hari tua kami hahaha
Enjoy!!!
Nota Jemari: Show Dinner sempena 50 tahun opis ako.. kami buat teater muzikal :)
47 Comments
Wow, clap, clap, clap! Terernya. Kena banyak berlatih, kan. Setiap kali tengok, memang rasa kagum tarian buluh tu. ^_^
ReplyDeleteKaann!! Betul ako pun mmg kagum tgk org yg menari tarian byluh tu..
DeleteBila belajar sndri.. Ya allah br tau betapa seksa nya nak mahirkan diri 😂😂
Amboi, memang bersungguh siap baju lengkap semua. Hehe tahniah dapat buat.
ReplyDeleteHehehe nama pun kena buat show depan G n semua staff.. Harus semangat tu kena lebih sikit hahha
Deletekreatif dan uniknya setiap budaya yang ada di malaysia ini
ReplyDeleteKaann!! Betapa unik nya rakyat MLaysia ni
Deletebestnya dapat pakai baju tu KakRet.Wahh ada bakat menari tu. Kalau saya tak confident nak menari buluh tu, takut tersepit. Hihi..okaylah adalah pengalaman. Serius lah berat dengan nak menari lagi tu.
ReplyDeletehahahah awal pun kita x konfiden dik oii..
Deletenak tarik diri je tapi sian kat diorang...
gigih belajar hari2 siang malam...
alhamdulilah berjaya gak tp klu soh menari balik skrg ni.. memang kirim salam je la ye haha
konpom tak terdaya dah haha
semua sweet dan cantik :)
ReplyDeletezaman muda hahaha
DeleteWah, hebatlah Ret boleh menari tarian buluh tu dgn pakai kain lagi, tapi pakaian tradisional ni mana2 negeri dalam Malaya ni memang cantik, kan. Teringin jugak nak menggayakannya tapi dah remaja purba ni memang tak ada peluang la
ReplyDeletesaya pun x sangka bole menari buluh dengan kain labuh tu hahhaa...
Deleteseriau gak :D
11 tahunnn berlalu, kak ret masih sama! Cantikkk cantikk kan baju kaum mereka semua, macam mana lah boleh bergurau macam tu huhuhu. Tapi part menari tuuuuu takutnya kalau tersepit kaki. Sekali tersepit, dah ketawa kat situ, memang fail lah nak menarinya hahaha. Tapi nasib baikkk kak ret dapat group yang best!
ReplyDeleteHahaha klu tersepit harus kelam kabut sume org.. Dh la. Menari depan G masa tu 🤣
Deletekita yg tengok orang menari tarian buluh ni pun seriau takut tersepit kaki diorang tapi best la tengok orang menari tarian tu. meriah :)
ReplyDeleteKaan betul selama ni mmg tgk org menari buluh ni seriau je kan.. Hahah
DeleteMenariknya annual dinner bertema mcm ni..lawo kak ret :)
ReplyDeleteHahaha... Seronok.. Tp skrg dah tua2 cam x larat dh nk menari.. Last menari dinner 2018 aritu
DeleteSeronok betul annual dinner macam ni :P semua pun hebat boleh menari, siap pakai full set! memang wow! :)
ReplyDeleteAlhamdulilah meriah kan
DeletePakaian tradisional suku kaum adalah kebanggaan negara kita yang bermasyarakat majmuk
ReplyDeleteBetul tu wak..! Patut kita patut rasa bangga kan
DeleteRindulah zaman seperti ini. Dapat kumpul ramai-ramai. Sekarang tidak boleh lagi. Semua terbatas.
ReplyDeleteKaann!! Rindu nak kumpul ramai2 camni
Deletebestnye tema mcm ni. cntik kak ret pakai baju tu.
ReplyDeleteMeriah kan!!! Rindu betul nak gather2 lagi
DeleteWah! Hebatlah! Saya ni tengok orang menari tarian buluh, saya yang terlebih nervous. Agaknya kalau saya menari, habis terpelanting buluh-buluh tu sana sini.
ReplyDeleteCantik busana yang Kak Ret dan teman-teman gayakan. Influencer berkenaan memang beberapa kali juga buat orang panas belakangan ini kan... :D
Hahhaa.. Buluh tu dah le panjang n berat.. Klu tersilap percaturan bole bengkak kaki dibuatnya😂😂
DeleteSaya positif sayalah antara calon kaki bengkak tu 🤣
DeleteHahaaaa.. Eh eh mana tau lepas berlatih.. Dh bole jd terror 😜
DeleteMungkin kena Kak Ret yang jadi cikgunya ;)
DeleteWOW..BESTNYAAAA..ye la pasal influencer yang x sensitif tu...no komen la..sendiri buat sendiri tanggung erk...best kan bila dapat berpakaian traditional bangsa lain...kalau SA memang tak lepaskan peluang
ReplyDeleteTu laa rezeki.. Mmg x terpk pun dpt merasa pakai satu hari nnt
Deletewahh..meriah..terer ako, kalau saya mesti gabra..hehe..maaa gi Kampung Budaya Sarawak, dapatlah tengok pakaian kaum2 etnik Sarawak..
ReplyDeleteBerlatih hari2 alhamdulilh nasib xde kesilapan di hari kejadian.. Berdebo hhaha
DeleteWaaa..bestnya. Terbaik la.
ReplyDeleteSaling menghargai dan menghayati budaya. Saling menghormati juga.
Alhamdulilah... 😁😁
DeleteMeriahh!!!! Bestnya majlis bertema macam ni! Dapat rasa pakai pakaian tradisional kaum-kaum lain! Hebat la boleh menari buluh... Kalau Cik TK, takut tersepit kaki...
ReplyDeleteHahaha betul2 mmg masa memula ada pk mcm semua org.. Takut tersepit kaki tp alhamdulilah berkat usaha latihan byk2, berjaya jgk dpt pengalaman menari tarian buluh tu
Deletesportingnya semua... tahniah... best sangat... boleh la repeat lg nnt buat cmni
ReplyDeleteBestnyaaa..
ReplyDeleteKepada mangsa ragut apa yang anda boleh lakukan jika diragut..? Boleh klik sini --> ragut
Nilai pasaran vs nilai yang dipersetujui, apa bezanya? pembaziran
Agak ko, kalau menari lagi sekarang boleh tak? hehehehehe
ReplyDeletehhahaha konpom ke laut da hahaha... :D
DeletePaling risau tersepit buluh.. Tapi tarian kebudayaan ni memang meriah dan penuh warna warni kan. Happening!
ReplyDeletepergh!! Cantiknya pakaian-pakaian tu.. Tabiklah kat sis.. memang ohsem..
ReplyDeletePasal influencer tu, Sha tak ada tengok pun video dia tu cuma terbaca mengenainya bila ada yang share di timeline FB..
Suka betul tengok pakaian tradisional sabah ni cantik sangat :)
ReplyDeleteCantiklah baju baju tradisional sebenarnya..Bagi saya, ianya memang unuk dna seharusnya ada kelainan... Berjaya akak menari ehh, tak terjelepok, nais!
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com