Kecoh kat group taman ako ni..
Baru je ni ha tak sampai 5 minit kejadian...
Baru lepas hujan, angin memang tengah kuat ni.
Tup tup dapat gambar ni kat dalam group wasap.
Dah le ni laluan main road ke rumah.
Tapi lagi kesian sebab dia menutup jalan nak masuk ke surau dan Condo kat situ.
Ada plak kereta terkena tu.
Harap takde kejadian nyawa melayang.
Moga dipermudahkan urusan mereka untuk mengalihkan pokok tersebut.
Doa-doa jangan ada yang tumbang lagi.
Before puasa aritu, DBKL memang dah datang trim pokok-pokok kat area rumah ni.
Tu la sape nak tau kan, mende nak jadi.
Doa yang baik-baik aje.
Amin...
Nota Jemari: Dah contact Unit kecemasan DBKL...minta2 derang cepat sampai b4 berbuka. Sian orang nak balik rumah tu



28 Ulasan
نعوذ بالله من ذلك
BalasPadamSemoga dipermudahkan urusan mereka mengalihkan pokok tumbang. Aaamin...
amin... alhamdulilah JPAM dah smp .. tu drg tgh proses potong memotong
PadamSeramnyaaa pokok tumbang ni, harap harap tak ada menimpa orang lah.
BalasPadamTapi kat ganu ni pun hujan dengan angin kuat jugak. Memang musim peralihan monsun ke apa sekarang huhuhu.
Hujan ni hari2 mesti turun skrg ni kan.. Angin kuat tu yg takut gak tu..
PadamBetul tu kak ret, angin memang terlampau kuatttt. Kalau hujan biasa je takpe lagi, ni hujan beserta angin kuat. Naik motor punnn takuttt.
PadamPokok2 besar di tepi2 jalan ni memang kena pantau selalu.
BalasPadamPastikan kedudukannya kukuh, tiada penyakit akar atau dahan2 yang rosak.
Nmpk gaya dbkl kena dtg chck slalu la pokok2 ni kan😅
PadamNasib baik tiada kemalangan jiwa
BalasPadamTu la syukur gak.. Tkut gak sbb time org blk keje td.. Laluan utama plk tu
PadamBesar pokoknya yang melintang.
BalasPadamHuish... seramnya.. tak dapat bayangkan kalau ada yabg tengah bawak motor ke apa kat situ... hishh.. jauhkanlah... Moga selamat semuanya yee
BalasPadamAduhai..nasib takde apa2 berlaku...kalau melibatkan nyawa susah...kalau cedera pun susah
BalasPadambahaya kan pokok2 besar ni terutama time angin kuat, hujan lebat..
BalasPadamBesarnya pokok tu, semoga baik2 sahaja semuanya inshaAllah amin
BalasPadamdahsyat hujan angin ribut camni.. sibbaik xde kemalangan jiwa.. 😅
BalasPadamaduh seram betul kes2 gini..hari tu kawan suami pun kereta kena hempap pokok..kat KL juga...
BalasPadammoga dipermudahkan semuanya..
Besar pokoknya. Nasib baik takde kemalangan jiwa. Tu sebab kalau hujan lebat siap petir n ribut, orang tua tak bagi keluar
BalasPadamBagus DBKL, cepat bertindak. Saya pernah ada pengalaman kena timpa pokok. Scary giler, Ako. Nasib baik Allah kata, saya masih panjang umur. Saya dok lepak depan pokok. Lepas tu dengar bunyi, prak prak prak, macam gajah pijak ranting kayu kuat-kuat. Saya toleh belakang, takde apa pun, tapi saya gerak dari situ, sebab bunyi kuat sangat. Dan masuk rumah, takut. Tengok-tengok pokok belakang saya tadi yang tumbang. Pokok tua ni, kadang batang dia tak kuat, dengan akar-akar bole tercabut kalau angin kuat. Huuu... kenangan tak boleh lupa.
BalasPadambahayanya... betullah.. malang memang tak berbau..takde hint langsung
BalasPadamAllahu Akbar!
BalasPadamSyukur tak ada kejadian buruk berlaku. Elok jew pokok tu tumbang arah ke jalan. Akhir-akhir ini banyak dengar berita pokok tiba-tiba tumbang timpa kereta, timp orang...ya Allah!
Ishhhh seramnyaaaaa. Alahamdulilah takde kemalangan jiwa
BalasPadamMujurlah tak hempap mana-mana kenderaan yang lalu. Di kawasan rumah saya, majlis perbandaran dah mula tebang pokok-pokok tertentu sebab dikhuatiri tumbang.
BalasPadambesar juga pokok tu. musim hujan sekarang ni kena berhati-hati selalu..
BalasPadambesarnya pokok yang tumbang tu.. nasib baik takda kemalangan jiwa..
BalasPadamMujur masa pokok tumbang xdak kenderaan kat situ . Takut jugak
BalasPadamAllahuakbar! ingatkan area rumah sha je macam ni, haritu ada pokok tumbang atas kereta :(
BalasPadamaduh... insurance tak cover kan klu bencana alam?
BalasPadamDalam masa sebulan yang lalu tempat saya bertugas ni, banyak juga pokok tumbang.. Kebanyakkan pokok-pokok yang telah berusia lama..
BalasPadamThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com