Cerita hari Merdeka by Uyum.
30 hb Ogos aritu, Uyum ada celebrate hari merdeka kat sekolah.
Ada macam-macam aktiviti.
Ada yang kena baca sajak, pantun, pastu ramai-ramai nyanyi lagu merdeka.

Budak-budak 6 tahun ditugaskan untuk baca pantun merdeka.
Kira ni macam pertandingan la gitu.
Punya la practise bagai nak rak kat rumah, tapi sudahnya ke laut juga gaya si Uyum berpantun.

Tengok video kengkawan berpantun, kemain hebat-hebat semuanya.
Dah bole agak gaya Uyum macam mana.
Hahaha lain yang di practise, lain plak yang dipersembahkan.


Jadi la kan...
Sejak awal-awal tahu kena baca pantun, hari-hari dia suruh kita dengar dia berpantun tapi bila hari kejadian, hampeh betul! hahahaa...
Takpe la kan Uyum, janji semangat kemerdekaan awak tu tinggi tersemat kat jiwa!

OKla selamat hari kemerdekaan, MALAYSIA yang ke-64.
Semoga cepat la MALAYSIA bebas dari kuman COVID ni kan.

Buat atlet paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli, jangan putus asa!
Awak tetap hero MALAYSIA!
Semoga mereka yang menganiaya awak akan mendapat balasan yang setimpal nya.

Nota jemari: MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!