Pagi sabtu kat sini. Dah lama tak hantar cik meera.
Hari ni cik meera ada appointment jam 8:30 pagi.
Tapi 8:10 pagi cik meera dah terpacak depan gate.
Laaaa tak buka lagi, selalu time-time gini memang dah bole jumpa 'doktor'.
Ooo lupa , tengah PKP ni, tempat 'doktor' cik meera buka lambat plak.


Ramai dah menunggu, nasib cik meera dapat giliran ke tiga.


Semangat betul tengok suasana kat sini.
Merah menyala ko!
Hahaha....


Kebetulan arini ako pun serba merah.
Semangat dia len maciam hhaha...

Ok setel urusan penghantaran cik meera, kita gi sarapan dulu.
Cik meera ni kalau dah jumpa doktor, mau amek masa 2 hingga 3 jam juga.
Malas nak tunggu so kita call adik soh pickup pastu breakfast sesama.


Uyum nak makan nasi lemak kata nya!
Moh la kita cari nasi lemak terdekat dengan 'klinik' cik meera.

Uyum tanya "nape kedai ni jual nasi lemak je?"
"Dia takde jual makanan lain ke?"

Eh eh budak ni....dah nama pun "kedai nasi lemak saleha"..
Dia jual nasi lemak la, tapi dia ada je jual menu lain.

Uyum tanya lagi, "saleha tu muda ke tua?"

Sudah!!! Dah kenapa nak cari saleha plak ni, uyum oiii???

AKo jawab, "Uyum nak jumpa saleha ke? Jap lagi Nina panggil soh dia jumpa uyum!"
Uyum sengih-sengih je..
Erkkk dah kenapa...?! Moskel ako wkakakaka



Antara menu-menu kat situ.
Banyak je pilihan.
Pandai-pandai je Uyum cakap dia jual nasi lemak je kan.. haha


Sedap! Pulut dia lembut sangat! Daging rendang pun sama, lembut gitu..
Insyallah takde GG pun masih bole gigit (hahha menipu sangat!)



Eh ada je nasi lemak dalam pinggan tapi kami order nasi lemak bungkus juga.
Boleh guna perkhidmatan food panda untuk penghantaran.


Lontong kedah tapi bukan citarasa tekak ako.
Kurang lemak n kuah cair...
Tetiba rindu lontong arwah MAK... huhu..

Ok dah kenyang, moh kita jenguk cik meera.


Ala.... cik meera belum habis jumpa doktor lagi.
Lepas 2 jam baru selesai urusan cik meera.
Ermm alhadmulilah cik meera sihat cuma ada la sakit-sakit sikit.
Next appointment kita buat treatment lagi ye cik meera.

Hujung minggu korang camne plak?

p/s: tengkiu yang dah turut serta dalam GA ako... almost dah 25 penyertaan :) ako budget soploh orang je yang sudi join hahhaha😆 so dengan berbesar hati ako up lagi 5 hadiah saguhati :) all da best korang!!

Nota Jemari: Jom cari cari hotel nak staycation😅