Alhamdulilah berjaya juga keluar dari kepompong.
Jadi la staycation kat KL ni untk 3hari2malam.
Memang plan nak makan tido makan tido je kat otel.
Tapi 'ter'kluar juga gi merayap keliling otel.

Hari Jumaat kan, tunggu abang aqeem balik sekolah, pastu terus kitorang lunch kat luar.
Pastu terus check-in hotel.
Kemain excited si Uyum dapat tido otel.
Tambah-tambah bila dari bilik otel bole nampak KLCC.
Memanjang dok kat tingkap tengok KLCC tu. 😆



Mari la kita check-in dulu.
Budak ni memang dah tak sabar nak masuk bilik.
Sejak-sejak covid ni, ako perasan, setiap kali kita check in mesti diorang nak details semua yang akan menginap di hotel mereka. Kalau dulu-dulu hanya details orang yang akan check in je. So bila nama uyum kena tulis dalam rekod diorang, uyum pun kena la berurusan sendiri ngan uncle tu kan.😆

"Cepat la uncle, uyum tak sabar nak masuk bilik ni!!"


Dia buka je bilik terus dia jerit, "ma, ada belon laaa!!! hepi beday aqeem eh?!"

Memang kitorang plan nak celebrate besday aqeem kat otel.
Siap call otel tanya bole tak provide besday kek.
Nasib la diorang memang ada je servis kek ni.
Pastu ako nak confirm kan, ako nak bilik ngadap KLCC!!
Pastu kalau bole ako nak connecting room juga!
Pastu ako ingat nak soh derang deco bilik untuk besday tapi derang xde besday deco.
Yang ada honeymoon deco... hahhaa tapi derang baik hati, derang letak je la belon-belon tu kasi meriah sket. Nasib yg ni free je. Diorang tak charge.

Ha amek... macam-macam plak permintaan kan haha...😂


Masuk-masuk je nampak kek 3 ketul ni.
Eh eh, buka kita order kek besar ke?
Awat dapat yg ciput ni? Ke diorang salah dengar??
Alamak.... dan dan bebel ngan adik, loceng bilik bunyi!

Ting Tong!

Laa rupa nya kek yang di tempah lain.
Yg atas ni derang bg complimentary je.
Aishh kalau tau dapat complimentary, tak payah order kek hahaha...😅


Ha ni baru betul kek yang ditempah.
Kita amek paling murah je.
Jadi la red velvet in da house!!
Krim dia sedap tapi kek nya kureng bagi ako sebab kering...
syyhhh🙊.... hahaha


Besday Aqeem 26 Mar tapi kita celebrate awal seminggu la.
Sebab minggu ni kita bizi hahaha..
Pape pun Hepi coming besday Aqeem!!


Pastu korang tau la kan drama air mata budak ni.
Baca kat sini --> DRAMA AIR MATA


Dah setel drama airmata, dia cakap nak pegi situ!
Ah sudah! Amboi kemain tunjuk-tunjuk je nak gi sana sini ye.
Plan kitorang memang xde dalam list nak jejak jambatan KLCC tu.
Takat nak tengok view je la hahaha...
Tapi kita bawa la uyum gi Suria KLCC je.
Hhahah jadi la kan uyum oii...
Sampai juga 'bawah' KLCC tu hahah 😁
Nasib dia puas hati tak banyak cikadak.


Pastu dia selongkar bilik.
Nak pakai baju towel kata nya.
Hahahhaa... 

"Nina, ikat tali tu macam baju taekwando uyum tau!"

Eh eh mengarah lagi tu....😅


Pastu sila amek gambar uyum posing...
Wakakakka... adoiiii anak sape ni weii?!!!!😆


Nina malas nak layan uyum..
Nina on laptop.
Sambil tengok KLCC hahaha..
Sambil mengarang entry result GA.
Kena prepare sesiap entry tu, nanti esok nya senang kita tempek je result hahah.


Pukul 6:30 petang kita kluar.
Nak g makan kat TAPAK.


Pihak otel memang ada sediakan servis buggy ni. FREE je untuk sesape yang stay situ.
Nasib baik, kalau tak, nak menapak dari otel ke KLCC pastu ke TAPAK, ermm rasa konpom lapar bila balik. 😂


Servis buggy ni hari isnin-jumaat kena amek nombor kat kaunter conciege.
Tapi sabtu & ahad servis ni first come first serve.


Dapat naik kete merah ni pun uyum dah hepi.
Ada plak dia ajak naik berulang kali hahaha...
Servis ni dari Hotel ke KLCC & KLCC ke hotel.
Sampai KLCC, kita kasi cucuk 'rimau' dulu.
Sebab nak makan kat TAPAK kan. 
Kena ada cash. Ako ni memang cashless lately ni hahaha...
Malas nak bawa duit banyak-banyak dalam wallet.


So dari KLCC ke TAPAK, moh la kita menapak hahaha
Lalu tepi avenueK, rasa suasana macam kat orchard plak.
Jalan-jalan macam ala-ala tourist gitu.


TAPAK jalan ampang ni memang femes dengan food truck nya.
Dah lama teringin nak lepak situ.
Akhirnya tercapai gak hajat.





Macam-macam ada kat sini.
Pelbagai jenis food truck.
Rambang mata dibuatnya.


Last-last ako order nasi goreng je sebab lapar sangat hahaa..
Yang lelain makan pasta.



Pastu on da way balik tu nampak skuter ni.
Eh eh nak naik juga si kecil ni.
Kena install apps..
Pastu ako check mana plak lokasi parking seterusnya skuter ni.
Tengok macam x jauh je... so kita pun ON je la kasi dia naik.


Abang-abang x kisah sangat la sebab memasing dah bole bawa sendiri.
Yang dia ni, jenuh kitorng gilir-gilir kena sorong skuter tu untuk dia.
Sakit pinggang ngan tangan ako.

Bapak jauh oiiii nak cari tempat parking skuter ni.
Satu pusingan KLCC kitrang pusing.
Ngan nak elak pulis nya hahha..
Kena jalan tepi jalan raya....
Pastu last-last jumpa kat pintu masuk Hotel Mandarin Oriental.

Mengamuk ako malam tu hahaha... cramp oiii kaki n tangan ako😆😆


Ako cakap, pasni jangan cakap nak naik skuter ni lagi!!
Malam ako soh dia urut tapi ermm dia yang tido awal haha...


Penat sangat....
Nyenyak tido...
So, malam tu semua pun keletihan.
Ngan ako-ako sekali, tak pasal pasal sakit kepala hahaha...

Nota Jemari: orang lain sejuk mengigil, dia panas kata nya, x nak selimut hadoi la..