Hari kedua.
Dia bangun-bangun terus selak langsir sebab nak tengok KLCC hahaha..
Dah la dia paling awal bangun. Pukul 6 pagi dah kejut semua orang.
Abang-abang memang liat nak bangun pagi.

8:30 pagi kita gi breakfast dulu.
Arini plan nak gi KL Tower.
Hari-hari pegi sekolah dari rumah nampak KL Tower n KLCC, mesti dia tanya, bila nak pegi?!
So arini tercapai la hajat Uyum nak naik KL Tower.

Before pegi, ako check KL Tower buka pukul 10 pagi.
Tapi tiket diorang jual 100 terawal sahaja.
Kira first come first serve.

Memandangkan parking kat situ dah le susah kan nak dapat yang dekat, maka nya jam 9 pagi kitorang dah terpacak kat bawah KL Tower. Ramai juga yang datang awal. Nasib kami baik, pusing-pusing dapat juga parking berbumbung. Rata-rata yang sampai awal tu gi joging area situ rupa nya.


Penat dia tunggu. Pakcik security tu tak juga bagi masuk hahhaa.
Tepat jam 10 pagi baru la diorang suruh beratur.
Pastu nanti ada wakil orang tiket akan minta korang register tiket online.
Minta butiran , key in dalam ipad.
Pastu terus dapat confirmation tiket kat email.


Sila la naik atas dan tunjuk confirmation email kat orang yang jaga kaunter tiket.
Wakil sorang je dia benarkan tuk beli tiket, yang lain bole la beratur dulu kat depan lif.


OK dah dapat tiket, moh kita tunggu lif untuk naik atas.
Observation buat masa ni adalah PERCUMA ye.
Yang kena bayar ada lah bahagian Sky deck (bahagian luar yang terbuka tu)
Harga tiket boleh rujuk kat SINI.


Jom naik sampai erkkk...yang ako tau ketinggian sky deck 300 meter dari ground level.
Gurlp!!



Terus ke Sky deck dulu.
Pastu kluar je nampak Sky Box ni.
Ada 2 tau... satu yang menghadap KLCC.
Satu yg kitorang naik ni.
Sebab x de orang nak naik box ni, so moh la kita conquer.


Ekceli seriau gak memula tu.
Tapi ko jangan pandang bawah.
Bila x pandang gerenti sikit sikit ko leh duduk dalam box tu.


Abin pun steady je diri kat tengah tu.
Hahahha so OK la kan dengan keberatan sebegitu


Kalau tengokkan memang seriau...
Tapi dah alang-alang sampai, wajib la duduk kat box kaca tu.
Tapi tapi kalau betul-betul gayat, baik tak yah. hahaha...
Kang tak pasal-pasal terpengsan plak kat situ :p


Ha nampak tu opis ako tu...
Setahun tak jumpa dia..
Lambai-lambai dari kejauhan je la 😆


Terasa cam gergasi plak😅


Pastu kita turun ke Observation deck.
Yang sini tengah PERCUMA tau!



Tanya uyum, dalam banyak-banyak tower, uyum nak pegi mana?
Jawapan nya of coz nak ikut nina gi Tokyo Tower lagi kan hhahaha😁



Pastu kitorang pegi sini plak.
Alang-alang berdekatan je ngan KL Tower so kita masuk je la kan.
Tapi ako macam frust sket la.
Sebab yang KL punya ni tak seBEST macam di KK & Melaka.







Kitorang tak tau nak pose macam mana.
Bilik dia x besar tau.
Tak banyak tempat bole snap sangat.
Pastu contoh gambar pose kat satu-satu tempat pun ntah pape.
Ada orang jaga pun x membantu sangat.
Sudahnya, kita pose sukaatimakapak kita hahaha...


OK Done KL Tower!
Tercapai dah hajat uyum nak naik ....
Pasni hajat dia nak seberang jambatan KLCC...
Agak-agak tercapai tak?


Balik dari KL Tower, kami lunch di Dotty's KLCC.
Pastu terus melepak dalam bilik.
Kepenatan memasing.
Malam nya kami keluar lagi.
Kali ni nak jumpa 'saloma' plak.

Kita menapak je tau dari KLCC ke Pintasan Saloma tu.
Senang sangat, lalu je tepi Restoran NZ, sebelah Menara Public Bank.
Gerenti tak sesat punya sebab ramai je yang akan menuju ke arah itu.
Ada je signboard dia.


Jenuh gak cari info camne nak ke sana.
Sama da nak ikut dari Kg Baru atau Menara Public Bank?!
Baca kata nya macam jauh nak sampai ke jambatan saloma tu.
Tapi bagi ako, hahaha xde la jauh mana pun.


Jalan je dari permulaan pintasan tu, dah nampak 'saloma' berwarna warni.
Perghhh... cantek ko!! 


Masa ni tak ramai sangat orang.
Nasib belakang tu clear je.





Kat dalam 'saloma' tu macam-macam warna bersilih ganti.


Lepas jumpa saloma, kita lepak NZ jap.
Dah lama x pekena teh tarik.


Kita order tori tisu.
Hahaha lama gila x makan.
Budak-budak pun suka sebab cicah ngan susu..
Kemain pasni nak makan lagi kata nya..


Yang bolat ni jangan cakap la.
Tengok, sampai berjilat-jilat jari tu hahahaa...
Dah kenyang, moh kita balik otel.
Kaki memasing dah sakit-sakit.


Kami sudahi malam kedua dengan view KLCC di waktu malam...
Gud nite..

Nota Jemari: .....