Plan asal nak lepak ngan geng-geng sekolah hari ahad nanti (28 Mac) tapi tetiba saja mesej member yang sorang ni ajak lepak dinner Jumaat baru-baru ni. Member ON aje sebab dia pun sorang. Jam 5:30 pm baru decide nak lepak mana. Pastu saja la mesej member lagi sorang, kot-kot dia pun nak join sama. Ha, kebetulan dia pun otw nak amek anak kat Cheras maka nya ON la juga.
Jam 6:15 member pickup kat rumah. Terus shoot ke Sweetree yang terletak kat Ampang.
EEee dah lama gila tak gi situ oiii....Ni pun sebab terbaca diorang baru buka menu BBQ, maka nya kita pun langkah panjang la terus tergedik nak makan BBQ kan. 😁
Dijamin HALAL ye!
Owner dia yang lady tu melayu malaysia kawen dengan orang korea.
Masa restoran ni mula-mula buka dulu, selalu lepak borak ngan owner dia.
Such a friendly couple :)
Ini ruangan ala carte.
Memandangkan ramai yang nak makan BBQ, jadi tempat nya agak FULL.
Maka nya terpaksa la tunggu gilliran ye.
Before kami sampai, ada try call ingat kan nak buat reservation tapi diorang suruh walk in je.
Amek no giliran dulu.
Takde la lama sangat nak menunggu.
Kitorang lepak-lepak dulu sementara tunggu member yang pick up anak tu sampai.
Dalam soploh minit camtu, giliran kitorang plak dapat tempat.
Alhamdulilah.
Sebelum masuk kena sanitize kasut dulu ye.
Kata nya nak makan BBQ kan, maka nya set BBQ la kita order ye.
Tapi jangan risau, korang bole je order ala carte yang lain-lain juga.
Kami order Set 1 (Chae Kkeut Sal Jumulleog) - marinated beef striploin (300g), dumpling & seaweed rolls.
Pastu ako rasa macam tak cukup je daging 300g so ako add on lagi daging marinated YANG JI Jumulleog - marinated sliced beef (200g).
Dapat banyak side dish as usual tapi ini macam unusual je kan hahaha..
Banyak gila OK side dish nya!! Kimchi memang awesome!! Fresh sangat-sangat.
Ko gigit, krup krap krup krap bunyi nya.
Tak masam sangat n ako suka sangat-sangat kimchi diorang!!
Pastu member nak makan sotong sambal. Terbayang-bayang sotong sambal kat BusanJib katanya.
Hebat sungguh penangan lauk-pauk kat BusanJib tu kan hahaha. Walau rasa nya takde la sama kan tapi fefeling makan sotong kat korea tu tetap ada la juga sipi-sipi hahaha..
Kitorang tambah order lagi iaitu Bulgogi Kimbab.
Ya allah seriously sedap weiii!!!
Last sekali member order ayam korean style ni.
Memandangkan tekak nak makan BBQ kan so ayam ni takde la ako teringin nak makan sangat.
Portion memang banyak gila!!
Tempat bakar dah ready, moh la kita mula kan sesi bakar membakar.
Perghhh rasa cam dalam drama korea plak hahaha...
Oh ye keliling tu ada lah telur, macam ala-ala telur dadar gitu.
Dia bagi set ni untuk makan BBQ.
Ha apa lagi, moh le fefeling makan kat Korea oiii!!!'
Nikmat nya weii.... ! Tahu kan camne orang korea makan daging bbq? Diorang akan letak kat atas sayur, daging n letak la sos sikit, pastu klu suka letak la bawang putih sekali pastu lipat-lipat terus sumbat lam mulut!!
Perghhh.......!!!
Makan daging BBQ ni sedap minum dengan air coke!
Sekali 2 jenis air ako order.
Bukan apa, takut tercekik plak klu minum air gas banyak-banyak ahhaha..
Budak-budak klu layan citer korea, konpom excited nak main masak-masak bbq ni hahaha..
Dah nak abis makan tetiba datang pajeon ni plak.
Aikkk setahu ako ni xde dalam list kami.
Tapi budak yang hantar tu cakap ni dah termasuk set.
Jenuh ako belek menu dia balik, konpom takde weii!!
Adoiiii ni rezeki ke apa ni?!
Tunggu gak kalau-kalau meja lain ada yang order tapi takde sape plak yang macam ternanti-nanti pajeon ni. Maka nya kami anggap ni memang rezeki kami je la ye.
Masa nak buat pembayaran, dia siap soh sanitize kad kita dulu tau!
Kalau korang guna henpon nak bayar pun kena sanitize dulu henpon korang.
OK ni first time ako tengok kedai ada mende ni hahaha!
Kedai-kedai lain patut ada mende alah ni tak eh??
Alhamdulilah, tengkiu kengkawan sebab sudi teman orang ngidam nak makan BBQ!!
Insyallah nanti kita lepak lagi tau!
Nota Jemari: Barang-barang winter semua nya murah-murah weii... ada yang ako borong ni kang..😆
15 Comments
sedapnya makanan dia. sukalah tengok desing kafe ni. cantik!
ReplyDeleteSaya yang orang Ampang pun x pernah g tempat ni. Saya x berapa pandai makan bbq Korea ni maybe sebab x minat drama Korea. Tapi kalau suruh makan saya makan je. Haha. Janji masuk mulut
ReplyDeletewow sedapnya kak ret..shida lama dah teringin nk pekena bbq ke steambot ke..hehee :)
ReplyDeleteHaah unik ada sanitize kasut dan kad/telefon. Duit pun sanitize kan?
ReplyDeleteHehe alhamdulillah lepas mengidam. Kalau saya mungkin teragak-agak sebab pertama kali. Hehe.
Seronoknya balik kampung makan sedap sedap.Hihi..cafe dia unik. hidangan pun sedap sedap. Ada yang tak pernah makan lagi.
ReplyDeleteKasut pun kena sanitize ye. bagus sop cafe ni.
Wahhh.. macam best and bbq korea kat situ. Dulu ada sekali la guna bendalah tu makan kat kedai korea kat jB ni, nama kedai dah lupa, pergi sekali je. Kena bell semula post blog baru ingat, hihi
ReplyDeleteWahh semua benda kena sanitize ye, siap kasut dengan handphone kena sanitize sekali. First time jumpa kedai macam ni. Bebetul jaga SOP hahaha.
ReplyDeleteBanyak betul hidangan makanan, sakan noh makan hahaha :D
Nampak sedap dan tempat cantik..
ReplyDeleteKalau makanan korea naniey teringin nk mkn yg mcm sup. Hehe.
Halah halah... kesiannya lama dh x balik 'kampung' ye kak ret? Kalau sy mmg x brp reti sgt lah mknn korea ni.. mknn jepun ok sikit.. hihi
ReplyDeleteUish uish... menggoda betul :)
ReplyDeletewahh..bestnya..teringat makan kt Yang Good..buat wrap grilled meat ni kena sumbat semua sekali dlm mulut..pipi jd kembung..haha..nak gigit sikit2 mcm tak best..hehe..
ReplyDeleteBuku merah x leh renew oiii...hahhaa...lepas ni bleh la terjah sini...feeling2 makan daging bakar kat Korea..
ReplyDeletewowww,nampak sedapppp ni sis :)
ReplyDeleteeh eh syoknya makan gini! kat JB ni susah nak jumpa yang gini, tapi Halal!
ReplyDeleteaaa sama! dah lama juga tak balik kampung japan huhuhuh
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com