Plan ni dari minggu lepas. Jenuh cari tempat nak melepak.
Asalnya kan nak lunch konon nya di Sweetree tapi end-up kami dah pegi dulu Jumaat lepas ke sweetree nya.

So plan hari ahad bertukar menjadi perjumpaan hi-tea.
Macam-macam tempat dah suggest, last-last kitorang piih The Verandah kat Atria Shopping Mall.
Aishh punya la banyak tempat hi-tea kan.😂



OK Cik Ta, sila order!!
Tengok menu, alamak tak banyak choice ar!!
Aiseyman... ermm nak tak nak kita order je la apa yang ada ye.




Kami order teh chrysanthemum.
Memang pebret sangat ni!!
Pastu set hi-tea. Ermmm bole la.


So far paling sedap scone dia!
Lembut sangat.


Pastu ako tambah la french toast ni.
Lapar siot memasing hahaha..


Kitorang add ni juga.
Kisah nya pekerja dia sorang je kat situ.
Dia la amek order, dia la tukang masak, dia la tukang hidang.
Aisshhh memang kebulur nak tunggu foods sampai atas meja.


Kisahnya semua pun belulm lunch lagi rupanya.
Laaaa awat la memasing x habaq awal-awal kan.
Kalau tau, tak yah kita gi hi-tea.
Baik lepak makan puas-puas kat Vicchuda dari awal lagi hahahahaa...


Nasib baik masa sampai situ tak ramai lagi orang.


Macam biasa, tunggu yang lelain sampai.
Kita order lauk-pauk biasa la kan kalau makan kat kedai tomyam.


Yang ini antara yang wajib di order hahaha...
Siakap 3 rasa...
Ratah makan ni je pun dah kenyang...



Ha ini baru nama nya MAKAN!!!
Baru nama nya KEKENYANGAN!!
Baru la puas kan...


Ingat nak lepak lagi lama tapi tengok orang dah ramai plak beratur kat luar tu.
Maka nya sedo diri, moh la kita bangun!!
Insyallah, next time kita lepak lagi ye.
Ni mau nya setahun lagi baru jumpa ni kan hahaha.. :D

Alhamdulilah, hi tea tak puas nasib la dinner malam tu sangat mengenyangkan.

Nota Jemari: :)