Sabtu yang lepas ako kluar jap ngan Uyum.
Dah lama rasa nya tak keluar jenjalan.
Kebetulan ada Mall baru buka iaitu KL East Mall kat MRR2 berdekatan Taman Melati.

Dari luar nampak GAH!
Restoran Chef Wan pun ada dibuka cawagan nya di situ.
Tengok list kedai kat mall macam best-best.

Call Eta, ajak lepak sekali.
Nasib lgbaik minah tu FREE sokmo.

Ermmm KL East Mall memang nampak besar tapi bagi ako biasa-biasa aje.
Takde la meriah dan GAH macam Midvalley.
Tapi kalau nak dicompare dengan Melawati Mall, ako rasa Melawati MALL lagi best kot ! hah


Dari awal lagi memang nak cuba KFry ni.
Jalan-jalan terjumpa plak kat KL East Mall, so apa lagi moh la kita cuba.
Sebab kan hari sabtu maka nya memang ramai la yang datang melantak sama.
Sementara nak dapat tempat, kena la amek no giliran dulu ye.
Bagus gak sistem diorang ni, takde la nak berebut-rebut kan.


Nasib tak lama pun menuggu. Dah dapat meja, scan bar code atas meja untuk dapat kan menu. Pastu bole order terus secara online. Servis diorang memang cepat n pantas. Tak sampai 10 minit order, menu dah sampai kat meja.

Order air "cold honey yuga tea"
Ni kira macam teh lemon ais je. 


Pastu kami order shrimp pajeon.
Ermm yang ni ako kureng suka sebab dia letak udang kering.
Hahah so ako dah la tak suka udang kering, memang potong stim la nak makan.


Untuk uyum, ako order K'fries Bulgogi Chicken Fries.
Ni memang tak pedas, dia rasa manis mayonis n manis daging gitu.
Sedap juga!


Hamekk ko, bapak pedas Cheesy Bumbuk Spicy Yangnyeom!!!
Ingat kan pedas-pedas biasa je, maka kita amek la level 2 pedasnya tu.
Sekali makan, makkk aiii bole kuar asap kat telinga.


Ini kan antara speciality kat situ kan.
Seriusly ako bukan la minat cheese yang melampau.
Tapi ako suka pedas.
Cuma pedas KFry ni buat pedih perut la hahaha...

Overall, bagi ako so-so je la.
Maybe kalau nak makan lagi kena ajak korang yang suka makan keju lebih, baru berbaloi kot.
Lepas dapat makan sorang seketul ayam pedas, sudah nya kami tapau je semua bawa balik.😂

Ako memang suka pedas tapi pedas nya ni bole buat sakit perut, silap haribulan bole cirit hahaha. Apa-apa pun, ako dah cuba!

Nota Jemari: psstt... korang tengah makan apa tu?