Assalamualaikum..Selamat pagi isnin.
Balik dari hantar Uyum gi sekolah tadi, nampak ramai dah orang DBKL berkumpul.
Bila dah nampak ramai-ramai camni otomatik dah tau dah apa derang nak buat.


Biasa dah view camni pepagi.
Nyamuk aedes ni pun dah sama bahaya nya macam COVID.
Memang setiap minggu DBKL akan datang untuk buat semburan 'fogging' ni.
Maka nya moh la kita angkat baju-baju di ampaian dulu.
Kalau tak angkat nanti, saki baki bau asap fogging tu melekat kat baju.


Dah selesai semua nya, moh la kita sarapan plak.
Berdua je kat rumah ni ngan abam abin. Abam ABIN masih belajar dari rumah.
Tapi sebab pagi ni malas nak masak, haha so kita order je la guna food panda.

Korang plak sarapan apa tu?

Nota Jemari: alhamdulilah rezeki pagi isnin