Sinopsis

Tatkala rindu dipendam, racun mekar di taman dendam.
Adwan terpaku mendengar jeritannya. Makhluk berkain putih yang berkibaran di atas katilnya itu boleh bercakap rupa-rupanya! Adwan tak fikir panjang, dia lantas laungkan azan kuat-kuat!

“Hoi!” – Hanani Nuha

“Awak buat saya terkejut, tau? Nasib baik saya tak pengsan!” – Adwan Firdaus

Pertemuan pertama yang mengerikan pada Nuha, tetapi lucu pada Adwan. Dalam gurauan lelaki itu, dia ingin menghulurkan salam perkenalan. Nuha pula malas nak layan sebab... ‘Insiden’ atas katil itu yang buat dia lebih tak keruan!

“Apa mimpi awak call saya ni?”

“Mimpi nenek kebayan awak tulah!”

Nuha mahu pengsan!
Macam mana mahu berkawan dengan Adwan? Asal berjumpa aje, mesti ada benda berlaku. Nuha jadi buntu. Adwan pula kaku.

Ah! Bagi Adwan pula, tak kiralah kalau muncul bayangan lelaki zaman lampau siap bertanjak dan berkeris atau budak perempuan misteri dalam mimpinya itu, Adwan akan lawan!

“Aku akan kacau keturunan engkau! Aku akan jahanamkan hidup mereka. Engkau puaka! Engkau pembunuh!”

“Kita jangan biarkan benda ni berlarutan. Kita kuat untuk selesaikan semuanya sekarang.”

Itu janji Adwan kerana cinta luhurnya pada Nuha.

“Saya cakap, saya ni bakal suami awak. Jadi, baik awak kahwin dengan saya!”

“Betul ke ni awak atau... Hantu?!”

Peristiwa aneh dan pelik semakin menjadi-jadi apabila mereka berdua bertemu. Seperti ada pesanan dari alam ghaib yang cuba menyampaikan kisah lama. Siapakah Adwan sebenarnya? Apakah kaitan lelaki itu dengan adik kembar wannya yang pernah hilang berpuluh tahun lampau?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Lama gila tak baca novel dari Kak Norz ni.
Kak nor pun sibuk dengan rancangan memasak nya.
Tapi kali ni kebetulan PKP, dia rajin menulis kembali.
Maka terhasil la Novel LELAKI Ke-19.

Macam mistik pun ada kan...
So far tak pernah lagi rasa nya kak noz buat cerita cinta yang mistik.

Ako baru je baca Bab 8.
Menarik!!
Starting dia je dah buat hati tergedik nak tau ending kisah Nuha dan Adwan.


Kebetulan rumah kak noz ni takde la jauh sangat dari rumah ako.
So kita pun pegi la amek novel ni kat rumah dia je.

Pada korang yang nak beli, bole dapat kan dari Shoppee juga.
Or dari website buku online.
Atau bole je contact Kak Nor sendiri --> IG Norzailina Nordin

Nota Jemari: Dah lama tak membaca ni hahah, kena cari mood juga!