SETAHUN DAH ABAH UYUM PERGI - ALFATIHAH - Ako Tetap Ako

SETAHUN DAH ABAH UYUM PERGI - ALFATIHAH


Hari ni 29 Mac 2021, genap setahun ABAH uyum pergi.
Masih terngiang-ngiang tangisan dan teriakan Uyum.
Nina pun tak sanggup nak simpan gambar dan video sewaktu pengebumian arwah ABAH uyum.
Sayu sangat masa tu.

Untuk pengetahuan, arwah ABAH uyum meninggal disebabkan pembuluh darah pecah.
Arwah tetiba rebah sewaktu kami baru nak start makan malam.
Masa ni abang ABIN kat tuisyen.
So yang ada kat rumah, Nina, Aqeem, Uyum dan MAMA.
Nasib la di hari kejadian abang jiran sebelah rumah ada.
Kami terpaksa minta pertolongan daripada mereka sementara menantikan ambulan sampai.

Bila teringat balik situasi cemas masa tu, berdebar dibuatnya.
Nasib mama sempat buat CPR dengan bantuan operator dari HKL.

Arwah sempat menjalani pembedahan buang darah beku di kepala.
Dan arwah juga sempat sehari sedar dari koma dan sempat nampak MAMA di sisi.
Lebih kurang 2 minggu MAMA berulang alik ke wad ICU, HKL.
Tapi paham-paham la masa kejadian kita baru aje dikejutkan dengan serangan virus COVID-19.
Maka nya, memang tak dapat la nak menemankan arwah di hospital.

DIA lebih menyayangi.
Tepat jam 1:40 MAMA call, bagitau arwah dah pergi buat selama-lamanya.

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

*Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali*

Sebab masih di awal pandemik COVID ni, maka nya segala urusan diuruskan oleh pihak hospital. Nasib kami masih bole jenguk sampai ke tanah perkuburan cuma dia tak bagi budak-budak berhampiran dengan kawasan yang nak ditanam. Maka nya kami sekadar mampu jenguk je dari kereta dari mula hingga selesai urusan pengebumian.

Masa ni bila Uyum nampak arwah ABAH diangkat untuk ditanamkan, dia dah melalak..

"Uyum nak ABAH!!! Uyum nak ABAH!!"

waduh...masa ni pun Nina kena kuat semangat untuk Uyum.

Alhamdulilah hanya abang ABIN je dibenarkan turut serta dalam urusan pengebumian.

Buat anak-anak buah NINA,
semoga kalian sentiasa kuat semangat untuk meneruskan kehidupan..
Semoga korang sentiasa jadi anak-anak yang soleh...
Anak-anak yang dapat membanggakan ABAH dan MAMA.

Buat ABIN, jaga adik-adik....!!
Tugas ABIN sebagai abang sulung sangat berat....
Tugas ABIN kena jaga MAMA juga...
Dan eh eh tugas ABIN kena jaga NINA juga la kan... 😂

Nota Jemari: Al-fatihah di baca untuk arwah SALEH BIN YUSAK

33 comments:

  1. Innalillahiwainna ilaihirojiunnnn.....

    Allahu, tak kusangka di sebalik keceriaan Uyum, ada duka yang terlindung. Semoga keluarganya sentiasa dalam rahmat dan kasih-Nya, Aminnn..

    Al-Fatihah kuhadiahkan buat Saleh Bin Yusak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq kak seri.. Amin sama2 la kita sedekah kan alfatihah buat arwah

      Delete
  2. Al-fatihah (dibaca) utk arwah...semoga tenang rohnya disana..

    3 boys..waris yg ditinggalkan, semoga jd anak-anak soleh, harapan ayah bonda..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin YRA... Insyallah moga mereka jadi anak2 yg soleh

      Delete
  3. Al-fatihah.. sebaknya... sedih meninggal ketika covid ni... masa tu baru lagi lah sop sgt ketat
    semoga arwah berbahagia di sana dan semoga adik beradik uyum dpt membahagiakan mama & nina

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul mmg sgt2 ketat masa tu.. Alhamdulilah harap sgt diorang membesar jadi anak2 yg soleh dan berjaya

      Delete
  4. Innalillahiwainnailaihirojiun...semoga arwaah Aabah Uyum tenang disana..Alfatihah...tak sangka Uyum dan adik beradiknya anak yatim...

    ReplyDelete
  5. Al fatihah untuk arwah abah uyum, abin dan aqeem.
    Semoga ditempatkan dalam kalangan orang orang beriman :)

    ReplyDelete
  6. Al-Fatihah. Semoga anak-anak arwah dapat membesar dengan baik.

    ReplyDelete
  7. Innalillahiwainnailahirajiuun...

    ReplyDelete
  8. Allahu. Al Fatihah [dibaca].
    Uyum sayang, usahakan jadi anak paling soleh. Nanti dapat satukan tangan abah dan mama disyurga ya nak.

    ReplyDelete
  9. Allahhuuu, al fatihah, moga selalu kuat sis :)

    ReplyDelete
  10. Sedihnya baca. Dahla masa pandemik, prosedur pengebumian sangat strict walaupun meninggal dunia sebab sakit lain. Alfatihah untuk arwah Saleh bin Yusak.

    ReplyDelete
  11. Allahu Akbar!
    Baru tahu ceritanya... Ya Allah! Permudahkan urusan keluarga ini. Kau lapangkanlah, berilah cahaya yang terang di kubur arwah. Pertemukanlah keluarga ini bersama arwah di syurgamu nanti. Aamiin.

    ReplyDelete
  12. Semoga roh abah Uyum tenang di sana... Moga tabah seisi keluarga... moga jadi anak yang bijak ye Uyum sayang...

    ReplyDelete
  13. Al-fatihah (dibaca) buat arwah... Moga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

    Mudah-mudahan anak-anak arwah terus kuat bersama mama mereka, membesar jadi anak-anak soleh dan sentiasa saling melindungi.

    ReplyDelete
  14. Alfatihah buat arwah Saleh bin Yusak.

    Semoga anak anak arwah dan isteri terus kuat meneruskan kehidupan.

    ReplyDelete
  15. Allahu...antara penyakit yang membunuh dalam senyap kalau dalam dunia perubatan...semoga arwah Saleh bin Yusak tenang di sana dan ditempatkan bersama hamba-hambaNya yang bertaqwa..ameen...

    ReplyDelete
  16. this is so painful to read :( Tak ada words yang dpt tenangkan insan yg kehilangan insan tersayang :(

    ReplyDelete
  17. al-fatihah. semoga dipermudahkan urusan sis dan keluarga :)

    ReplyDelete
  18. Innalillahiwainnailahirajiuun... Dah lama tak jengah blog, tup2 terus baca cerita sedih...

    ReplyDelete
  19. Al-Fatihah... Baru tahu cerita ni..

    ReplyDelete
  20. Al Fatihah.
    Sedihnya kak ret. smoga kak ret satu family kuat ya. Allah lebih syg arwah abah uyum.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com

Powered by Blogger.