Ingat tak lagi bulan lepas pada tarikh hari jadi ako iaitu 19 June 2021, ada satu entry ako buat saja suka-suka , 


Kalau mana yang ada perasan, maybe ada sempat capture no PV yang ako inginkan iaitu "1190678" atau yang terhampir.

Ako pun x sangka PV berjalan dengan laju nya.
Sebab masa tu memang ako budget kebarangkalian untuk capture nombor PV tu akan amek masa 2 atau 3 hari juga. Tapi siapa sangka, tak sampai sehari pun nombor PV tu berjalan dengan laju sekali hahaha...


Dan dalam ramai-ramai yang perasan akan entry tu, SIS LIN adalah insan yang BERTUAH dapat capture nombor yang paling hampir. Tahniah Lin, dan sebagai tanda terima kasih, ako dah kirimkan sesuatu buat sis lin tadi. Harap dia suka la ye...!!

Insyallah, ada rezeki lagi, kita main capture-capture PV yang lain plak ye...😁

Nota Jemari: Terima kasih kepada semua yang masih sudi jengah-jengah kat sini, tanpa pembaca macam korang, siapa la blogger picisan macam ako heheh...