Drama yang satu ni tak silap dah kuar lama bulan lepas ke 2 bulan lepas gitu tapi baru sekarang terasa nak tengok. Perghhh memang SUPERB!!! Rugi sape yang belum tengok lagi tu.

Tayangan kat Netflix.
Tengah gigih layan drama ni, baru nak masuk sepisod 12.
Ada 16 episod keseluruhannya dan 9 June ni episod TERAKHIR.
Tak sabar nak tunggu ending.

Kisah kehidupan pelajar dari Fakulti Undang-Undang di Universiti Hankuk dan para pensyarah di sana. Berlaku pembunuhan yang melibatkan salah seorang pensyarah di situ. Secara tak langsung pembunuhan tersebut melibatkan beberapa pelajar undang-undang yang ada kaitan dengan si mati.

Yang Joon Hoon, bekas pendakwa raya, sekarang ni menjadi professor di Universiti tersebut dituduh sebagai pembunuh. Semua pelajar undang-undang cuba membantu dalam menyelesaikan kes pembunuhan tu.

Dari sini la bermula nya plot plot menarik yang kita tak sangka.

Tak sabar betul nak tgu ending dia ni.
Tak sabar nak tahu, siapa dalang yang sebenarnya!
Kalau korang takde idea nak layan drama apa , maybe bole masukkan Law School dalam list drama bulan ini hahaha...

Ako tak reti nak review drama cuma ako suka share drama yang ako dah tengok or bakal tengok dengan korang semua 😁

Nota Jemari: Penthouse 3 dah kuar! Tapi ako belum ada mood nak tengok Season 1 & 2 pun lagi haha